Header Ads

Lima Kisah Pelik Remaja Yang Obses Sehingga Sanggup Berhabis Ratusan Ribu Dollar Hanya Kerana Minat Melampau Terhadap Sesuatu..


Setiap individu mempunyai minat yang berbeza namun kecenderungan terhadap sesuatu itu adakalanya menjadikan seseorang sampai ke tahap obses.

Bagi remaja ia mungkin terjadi kerana beberapa faktor seperti pengaruh insan sekeliling selain kehendak diri.


Bukan saja di negara luar malah ada remaja tempatan turut tergolong dalam kategori ini.

Untuk itu, kami kongsikan lima kisah menarik remaja yang obses hanya kerana minat melampau terhadap sesuatu:

Jadi bunian


Bunyinya agak pelik tetapi itulah impian lelaki dari Argentina, Luis Padron, 25, yang sanggup menghabiskan wang hampir RM200,000 untuk menjalani pembedahan plastik supaya kelihatan seperti watak elf atau bunian.


Padron dipercayai obses dengan elf selepas menjadi mangsa buli pada zaman kanak-kanak.

Ternyata, perubahan pada penampilan Padron tidak sia-sia apabila dia kini bergiat sebagai peragawan dan menerima bayaran tinggi bagi setiap penampilan.

Kumpul pensel


Ini pula cerita mengenai pemuda kelahiran Delhi, India, Tushar Lakhanpal yang mendapat pengiktirafan daripada Guiness World Record pada Oktober 2015 selepas mengumpul 19,824 pensel ketika itu.

Kejayaan itu sekali gus memadam rekod Emilio Arenas dari Uruguay yang memiliki lebih 16,260 pensel dari 72 negara.


Terdahulu, Tushar tersenarai dalam Indian Limca Book of Records dari 2009 hingga 2015 dengan pensel paling panjang dan terbesar berukuran lapan kaki tiga inci dengan lebar 29 sentimenter (sm) manakala pensel terkecil hanya empat sm.

TUSHAR Lakhanpal.

Buat 110 pembedahan untuk jadi alien.


Kisah ekstrem ini mengenai seorang jurusolek dari Amerika Syarikat Vinny Ohh yang sanggup melakukan pembedahan plastik hanya untuk kelihatan seperti makhluk asing.

Difahamkan, Vinny sudah melakukan lebih 110 pembedahan plastik dengan menghabiskan wang lebih RM222,600.

Vinny yang tidak mahu dikenali sebagai lelaki mahupun wanita gemar memakai kanta lekap hitam bersaiz besar, berkuku panjang dan mencukur semua bulu keningnya.


Jatuh sebab Pokemon Go!

Masih ingat dengan fenomena Pokemon Go yang melanda pada tahun lalu? Selain keseronokan bermain permainan itu ada juga cerita kurang enak mengenainya.

Antaranya mengenai dua remaja lelaki yang terpaksa dirawat di hospital setelah terjatuh dari tebing di Encinitas, San Diego, Amerika Syarikat.


Seorang daripada mangsa jatuh dari ketinggian 15 meter manakala seorang lagi pada ketinggian 24 meter.


Kening dan bibir beralun


Obses kecantikan bukan hanya mendorong seseorang melakukan pembedahan plastik tetapi turut diterjemahkan dalam bentuk solekan.

Terbaru, trend kening beralun yang tular di media sosial kerana jenis solekan itu yang agak pelik.

Tidak lama selepas itu, muncul pula trend bibir beralun yang mula menjadi terkenal melalui seorang blogger kecantikan bernama Lexington. Pelik tapi kreatif!-Pen Merah Press


Sumber:HMetro

No comments

Powered by Blogger.