Header Ads

Kisah Sedih Di Sebalik Foto Mempesonakan Sepasang Bayi Kembar Ini… Betul2 Meruntun Jiwa!…


Kedua-dua bayi yang sedang tidur ini nampak begitu comel dengan wajah yang sangat menenangkan dan mereka berdua juga nampak sihat. Namun disebalik foto ini, ada cerita sedih dan menyentuh perasaan.

Bayi kembar lelaki dan perempuan ini lahir pada 17 Disember 2016 dari pasangan Lyndsay dan Matthew Brentlinger. Doktor telah meramalkan salah satu dari bayi tersebut akan menemui ajal kerana mempunyai masalah jantung.


Ramalan itu tidak dapat dibuktikan kerana bayi kembar ini lahir dengan normal. Namun menyedihkan apabila bayi yang bernama William mengalami komplikasi jantung.


Setelah menyedari William tidak mampu bertahan hidup lama, rakan pasangan suami isteri ini telah menggunakan perkhidmatan Jurufoto profesional bagi mengabadikan saat-saat manis bersama si kembar.

Kata Lindsey, ketika melihat kedua bayi tersebut, mereka nampak sihat dan sempurna.


Beberapa hari setelah sesi fotografi dilakukan, William meninggal. Dia menghembuskan nafas terakhir di usianya 11 hari. Meskipun sedih kehilangan salah satu anaknya, namun ayahnya, Matthew tetap bersyukur diberi kesempatan 11 hari bersama William.







VIDEO:

No comments

Powered by Blogger.