Header Ads

Kebakaran Pusat Tahfiz Turut Menjadi Liputan Antarabangsa..




SHAH ALAM - Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi semalam turut mendapat liputan meluas dari beberapa agensi berita luar negara yang menyifatkan ia sebagai kejadian menyayat hati lapor Sinar Harian.

Berita mengenai disiar secara dalam talian di beberapa media termasuk BBC, Al Jazeera, Reuters dan CNN.


CNN melaporkan '21 Children, 2 Adults killed in fire at Malaysian school' yang turut membuat panggilan langsung dari wartawan di Malaysia. 

Al Jazeera dan BBC turut memetik beberapa agensi berita seperti AFP dengan tajuk 'Fire kills at least 25 at religious school in Malaysia' dan 'Kuala Lumpur school fire kills students and teachers'.

Seramai 21 pelajar dan dua guru dilaporkan meninggal dunia dalam insiden pada kira-kira 5.15 pagi itu.


Kebakaran itu memusnahkan seluruh tingkat paling atas bangunan pusat tahfiz tiga tingkat itu.

Enam pelajar lain dan seorang awam turut cedera.-Pen Merah Press

No comments

Powered by Blogger.