Header Ads

"Kalau Aku Tak Dapat Datang Konvo Minta Mama Datang Wakilkan Aku.” Pesanan Arwah Kepada Rakannya Sebelum Terlibat Kemalangan Dan Meninggal Dunia..


NORMALA Abdul Aziz, 51, tenang ketika menerima sijil kemahiran bagi pihak arwah anaknya, Nazmi Hariz Sulaiman yang maut dalam kemalangan jalan raya 11 September lalu, pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti 2017 Melaka dan Negeri Sembilan, di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, hari ini lapor Harian Metro.

Suaminya Sulaiman Md Sam, 52, berkata, dua minggu sebelum terbabit kemalangan jalan raya, Nazmi Hariz pernah berpesan kepada seorang rakannya bahawa dia mahu Normala mewakilinya jika dia tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen itu.


"Kalau aku tak dapat datang ambil sijil konvo (konvokesyen), minta Mama (Ibu) datang wakilkan aku. Itulah antara pesanan arwah kepada rakannya yang kemudian disampaikan kepada kami.

"Hari ini, kami lega kerana sudah sempurnakan permintaan Nazmi. Ibunya sendiri naik ke pentas untuk terima sijil bagi pihak arwah," katanya.


Dalam kejadian di Jalan Kiyai Hashim, Bukit Katil, pada 8 pagi 11 September lalu, motosikal Yamaha 135LC ditunggang arwah melanggar belakang sebuah jengkaut lalu hilang kawalan dan terbalik.


Mangsa yang parah di dada dan kepala kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan.-Penmerahpress

No comments

Powered by Blogger.