Header Ads

Jika Kena Blacklist Dari PTPTN Hingga Tak Dapat Buat 'Loan' Kereta Atau Keluar Negara, Ikut Cara Wanita Ini:


Memang nak tak nak terpaksa bayar. Tapi kalau tunggakkan ptptn sampai berbelas belas ribu, menangis jugak nak bayar kan... Haha. Lain lah kalau mak bapak laki bini boipren gelpren korang kerja cop duit. 

Ni saya ajar cara meminimumkan jumlah bayaran dari berbelas ribu tu. Mungkin korang ada cara sendiri tapi saya buat cara ni dan berjaya. Yeyy. 

Post ini mungkin agak panjang. Maklumlah, iols blogger pencen. Hihi. Please excuse my rojak words.


*Februari 2017*
Pada mulanya awal tahun ini, saya nak beli kereta tapi sangkut! Memang tau dah ptptn blacklist sebab check kat web imigresen dah blacklist. Tapi since memang tak de nak keluar negara, so biar je lah. Tapi bila nak beli kereta pon tak lepas, rasa memang stressss gila lah. Bank cakap tengok acc statement semua lepas. Kereta sebelum ni pun bayaran cantik. So memang boleh beli 2nd car. (Saya online biz. Jadi takde slip gaji. Guna bank statement sahaja)

So bila dah tak lepas tu memang dah gibab. Zzzzz. Lepas tu ptptn pulak asyik hantar email pasal tunggakkan. Aku lempang jugak. Menganjing nampak. Haha.. Dah lah tunggakkan berbelas ribu. Diploma n degree.. 💆‍♀️💆‍♀️💆‍♀️

*June 2017*
Ada satu hari tu, jalan jalan dekat Giant. Ada kiosk ptptn. Pastu cakap dengan husband, "Jom lah. Singgah jap ." Husband memula macam dah give up gak. Tapi dia ikut je la.

Pastu tanya lah kakak dekat kiosk tu, dia cakap boleh bayar guna "Account 2 KWSP." Dia suruh datang ofis ptptn dekat Muar tu untuk discussion.


Yup. Saya memang dah lama tau pasal boleh bayar guna kwsp. Tapi cuma tak berapa yakin nak bayar sebab kwsp saya ada ciput je. Tak sampai 1k je uols. Haha. Lepas degree kerja kejap then kawen then jadi housewife sampai lahhh sekarang. 😅😅😅

Dan setahu saya, paling sikit pun boleh bayar tunggakkan tu pun half. Half pun banyak weyy. Kalau tunggakkan Rm12k, half dah Rm6k. Nangis ujung bucu katil lah jawapnya.

Lepas tu dia cakap, boleh bayar. Even kwsp korang tu macam agak menyedihkan. Haha. (Aku lah tu haha)

Sebelum tu nak bagitau, kwsp ni boleh bayar ptptn untuk anak kandung, anak angkat, anak tiri dan diri sendiri. Untuk isteri TAK BOLEH ye. Kalau boleh, memang aku korek kwsp laki aku. Kahkah.

1) Pergi kwsp dulu. Print statement latest kwsp. Then daftar online kwsp tu. Namanya EPF i-akaun. Nanti orang kat kwsp tu akan ajar cara macamana nak register benda tu. Lepas tu dia akan suruh korang tunggu SMS pengaktifan. Dalam 2-3 hari je dah dapat.

2) Pergi ofis ptptn, bawak statement kwsp. Masa saya pergi ofis ptptn tu, buat lah rundingan. Cakap nak reschedule semula ptptn. Cakap dengan dia, nak tukar ptptn korang dari konvensional ke ujrah. Kalau korang stay je dekat konvensional, memang makin tinggi lah loan korang dari sehari ke sehari.

Nanti dia akan tanya..berapa mampu bayar.. Ikut hati nak cakap mampu bayar Rm10 je hihi. Tapi nampak benor menipunya. Dia cakap minimum boleh bayar Rm100. So saya pun setuju. Dia cakap nak habiskan ke duit dalam acc-2 kwsp. Saya cakap ye. Sebab itu je yang ada. 😂😂

3) Lepas dapat sms pengaktifan tu, kena bawak salinan sijil diploma/degree korang ke kwsp semula. Dieorang nak cop2 n nak approve permohonan korang tu. Untuk approve permohonan tu akan mengambil masa sebulan. Once approved, Ptptn akan hantar email.

Image may contain: text
*15 June*Habis acc 2 aku. Haha. Tapi sebelum tu, pegawai ptptn tu tanya, nak guna semua ke untuk bayar. Saya jawap ya. Sebab cuma ada tu je. Bukan ada ribu2 pun. Haha. Mungkin boleh kurangkan sikit amount tu kot.

4) Bila dapat email dari ptptn tu, just ikut je lah arahan. Kena siapkan beberapa dokumen dan submit ke ofis ptptn. Lepas tu settle. Simple je.

5) Proses ni start bulan 6. Bulan 8 dah dapat dah kereta baru. Hihi. Kalau tak, mungkin boleh settle awal. Lebih kurang macam ni lah prosesnya. Saya pun ingat ingat lupa.

Image may contain: text
*10 Julai* PERMOHONAN LULUS. SYUKURRRR...

Dalam acc-2 kwsp saya ada dalam Rm800+ sahaja. Tunggakan saya berbelas ribu. Sekarang bulan bulan saya bayar Rm100.24 sahaja selama 131 bulan. Lama weyyy. Haha.

No automatic alt text available.
Bayaran pertama.. Saya bayar guna Maybank2u je. 😁 Harap istiqomah lah saya bayar sampai 131 bulan.. 😅😅😅

Lama pun lama lah. Janji tak blacklist. Huhiii.

Siapa yang nak pergi travel nextyear tu dah boleh2 pergi kwsp n ptptn sekarang. Masih sempat sediakan payung sebelum korang menangis kat airport nanti. Hihii.

No automatic alt text available.

Okey. 
Tu je nak share. 
Semoga bermanfaat.

Edited:

Yang saya reschedule ni untuk diploma je tau. Degree saya dah memang ujrah.

Tadi saya discuss dengan pegawai ptptn, dia cakap saya belum combine both. So yang clear tu diploma. Degree ada tunggakkan. And dia offer saya untuk combine both, diploma & degree. Bila combine, ada sekian sekian amount yang perlu saya bayar. Baru proses tu boleh dibuat. Kalai tak bayar memang tak boleh combine.

Alamak. Duit kwsp acc 2 dah 0. Haha. Bayar half memang tak mampu. Nego punya nego, kena bayar 3 angka je. Monthly pun just Rm200 je. Tu dah combine dah diploma n degree. Alhamdulillah. Hihi. Nanti saya update lagi bila dah settle proses..

Hari tu tak dapat nak combine sebab degree je yang ujrah, diploma still konvensional. Kena tukar diploma ke ujrah dulu, baru boleh combine.

Update 15 September 2017*

Kelmarin saya ada deal dengan dua orang pegawai PTPTN untuk combine loan diploma & degree saya.

No automatic alt text available.

Seorang suruh bayar sedikit dari jumlah loan saya iaitu sebanyak Rm2k untuk proses penggabungan tu. Saya nego, dapat Rm1k.

Dalam masa yang sama, saya ada contact dengan seorang lagi pegawai PTPTN yang juga rakan FB saya. Dia suruh saya bayar Rm1k. Saya nego dapat Rm500. Nego melalui whatsapp sahaja. Dan saya terus bayar ke acc PTPTN Rm500.

No automatic alt text available.

Dan hari ni, proses penggabungan tu berjaya. Syukurrrrrr.... Sekarang loan diploma & degree dah selamat combine. So bulanan saya kena bayar Rm199.31. Kira Rm200 je lah. Selama 186 bulan. Huhiii. Berpeluh bila tengok jumlah bulan. Huhuuu. Tapi at least I am free from blacklist!!!!! Alhamdulillah..syukur sangat...

No automatic alt text available.
Alhamdulillah.... Urusan saya dipermudahkan. Semoga urusan korang semua di permudahkan.. Aminnn..

As conclusion;

**Diploma**
- Tunggakkan + loan Rm11k+ (sebab tempoh bayaran dah tamat. sepatutnya saya dah habis bayar pun haha)
- Bayar Rm800+ menggunakan Kwsp Acc-2 untuk convert konvensional ke ujrah
- Nama clear dari blacklist dan boleh buat loan kereta. Yahoo!

**Degree**
- Loan memang dah convert ujrah
- Total loan 20k+
- Tunggakkan 8k
- Bayar Rm500 untuk proses penggabungan diploma & degree


NOW
- Total loan diploma & degree Rm32k+
- Monthly bayar Rm199.31 start bulan Oct nanti secara auto debit (kena register di website ptptn) selama 186 bulan
- Free from blacklist & ccris ke ape bende sume tu hihii

Ok. Tu saja nak share.
Korang pun oleh share post ni jika rasa bermanfaat. 😉😉

SEMOGA URUSAN KORANG JUGA DIPERMUDAHKAN.
INSYAALLAH.
AMINNN.


Sumber: Puan Intan Irfan












No comments

Powered by Blogger.