Header Ads

Diugut Akan Rogol Dan Bunuh,Empat Pendaki Wanita Berdepan Detik Menakutkan Apabila Disamun Dua Lelaki Di Puncak Bukit Keluang, Besut..


BESUT: Empat pendaki wanita berdepan detik menakutkan apabila mereka diugut akan Rogol dan bunuh sebelum disamun dua lelaki di puncak Bukit Keluang di sini petang semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, dalam kejadian kira -kira jam 2.30 petang itu, seorang suri rumah berusia 55 tahun dari Pasir Mas, Kelantan bersama seorang anak perempuannya berusia 31 dan dua rakannya anak perempuannya berusia 24 dan 39 tahun disamun lelaki bersenjata pisau dan kayu.


Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa mendaki berlima melalui jalan belakang Bukit Keluang dan sebaik sampai di puncak bukit tiba-tiba muncul dua lelaki menutup muka dengan kain.

"Kedua-dua suspek yang memakai seluar pendek tiga suka dan baju tanpa lengan yang masing masing bersenjatakan sebilah pisau dan kayu telah mengacukan kepada mangsa,"jelas beliau.


Menurut sumber, antara barang yang telah disamun termasuklah, tiga utas rantai tangan emas, tiga buah telefon bimbit, sebentuk cincin berlian, dan sejumlah wang tunai. Jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan melebihi RM20,000.-Penmerahpress


No comments

Powered by Blogger.