Header Ads

“Bila Tahu Saja Ia Perbuatan Khianat, Saya Terus Maafkan Suspek Sebab Tak Mahu Serabut Di Padang Mahsyar Nanti.”-Ibu Allahyarham Ahmad Rijal Reda..


DENGKIL – Memaafkan dan bersabar dengan kejahatan yang dilakukan orang lain tidak mudah sebaliknya ia memerlukan jiwa besar untuk reda seterusnya menerima kenyataan hakikat yang yang berlaku itu sebagai takdir ketentuan ALLAH SWT.

Begitulah sebaik-baik keputusan diambil oleh seorang ibu setelah kehilangan anaknya yang menjadi korban khianat melibatkan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat yang dibakar, 14 September lalu.

Mazzaini Muda, 47, berkata, dirinya bersama suami dan tiga lagi anak mereka reda dengan apa yang berlaku sejak hari pertama kejadian.
ff


“Bila tahu saja ia perbuatan khianat, saya terus maafkan suspek sebab tak mahu serabut di padang mahsyar nanti,” katanya tenang.

Menurut laporan Sinar Harian, Ibu kepada Allahyarham Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13, ini berkata, Allahyarham anaknya itu mula memasuki sekolah tahfiz berkenaan pada Oktober 2016 kerana tidak mahu membuang masa sebaik tamat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Tambahnya, sebelum ini Ahmad Rijal hanya mengikuti kelas tahfiz secara separuh masa di kawasan berhampiran tempat tinggal mereka di Taman Putra Perdana.

‘Tak mahu serabut di padang mahsyar’

“Bila habis UPSR dia tak mahu ke sekolah. Dia kata nak ke tahfiz ikut dua sepupunya. Dalam kejadian 14 September tu, seorang daripada sepupunya turut terkorban manakala seorang lagi berjaya selamatkan diri.

“Anak saya tak ada tunjuk kelainan sikap cuma ada satu malam dia minta nak jadi imam solat Maghrib dan Isyak. Biasanya arwah solat di surau dekat rumah. Sejak berada di sana, arwah jaga waktu makan ikut jadualnya di tahfiz,” katanya.

Sujud serah diri kepada ALLAH

Mengimbas kembali kejadian, Mazzaini, Guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Putra Perdana berkata, dia menerima khabar duka itu ketika sedang bersiap untuk ke sekolah.

Katanya, dia terus sujud dan serahkan segala ketentuan kepada ALLAH SWT sebelum mengajak suami dan anak keduanya ke pusat tahfiz berkenaan.
ff


Ketika dalam perjalanan dia mendapat tahu daripada birasnya, Ahmad Rijal dan seorang anak saudaranya antara yang gagal diselamatkan.

“Masa hari pertama, saya langsung tak baca akhbar, tak tengok televisyen malah saya padam semua video dan gambar-gambar yang dihantar menerusi WhatsApp, saya block fikiran saya sebab tak mahu sakit hati.

“Awal-awal lagi saya dapat rasa ia perbuatan khianat. Saya dan keluarga maafkan perbuatan pelaku. Kalau kerajaan nak ambil tindakan, itu tanggungjawab mereka,” katanya yang sepenuhnya reda dengan kejadian menimpa anak bongsu daripada empat beradik itu.

Akur Anak hanya pinjaman

Kali terakhir bertemu anaknya pada Aidiladha lalu katanya, biasanya mereka akan bertemu Allahyarham sekali dalam tempoh tiga minggu.

Katanya, dia membelikan cadar baharu dan sudah dibawa anaknya untuk digunakan di bangunan yang baharu setelah siap diubahsuai sebaik berpindah kelak.

“Saya tahu anak saya hanya ‘pinjaman’. Saya reda atas segalanya, saya maafkan semuanya. Masa ambil surat kematian, ada pegawai beritahu, buat pertama kali dia melihat mayat mangsa terbakar masih ada darah sekali gus memudahkan urusan pemadanan DNA.
ff


“Biasanya pegawai itu beritahu, darah mangsa yang terbakar akan kering tapi kes berbeza dialami ketika berdepan mayat pelajar tahfiz yang terkorban,” katanya sambil memberitahu sampel DNA diambil untuk dipadankan dengan darah ibu bapa dan mangsa.-Penmerahpress.

No comments

Powered by Blogger.