Header Ads

"Berita Lelongan Motorsikal Itu Palsu"-Polis IPD Marang Tegaskan Lelongan Motosikal Yang Menjadi Tular Itu Tidak Benar..


Marang- Polis nafi akan melelong motosikal miliknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang Rabu ini seperti yang tular dalam laman sosial dan WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan dan mengedar notis mengenai lelongan motosikal terbabit.


"Perkara yang dimuat naik dan disebarkan melalui laman sosial mengenai lelongan motosikal itu adalah palsu," katanya.

Berita 'palsu' yang menjadi tular sejak semalam

Menurut laporan Harian Metro, dakwaan palsu yang dimuatnaik dan disebarkan melalui laman sosial sejak semalam itu memberitahu kononnya IPD Marang akan mengadakan lelongan motosikal bermula 8 pagi hingga 5.30 petang Rabu ini.


"Oleh itu, kita minta orang ramai tidak terpengaruh dengan penularan berita palsu berkenaan," katanya.-Penmerahpress

No comments

Powered by Blogger.