Header Ads

Allahu, Dugaan Apakah Ini.Fitnah Apakah Ini. Dari Mana Tiba-Tiba Datang Gambar Beg Bonia Tu.." Ibu Terkilan Gambar Anak Jadi Buli Siber Dan Difitnah..


Sejak beberapa hari lalu manjdi tular dan bualan ramai netizen mengenai seorang pelajar sekolah rendah yang menghadiahkan beg tangan berjenama mewah kepada kekasihnya sempena hari lahirnya.

Pelbagai kepsyen dimuatnaik ke laman sosial mengenai dua orang murid ini, di mana rata-rata netizen membuat sindirian dan menggunakan gambar mereka untuk tujuan jenaka, tidak kurang juga yang menyelar tindakan pelajar ini yang dikatakan seharusnya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran berbanding bercinta. 



Bagaimanapun, segalanya terjawab apabila tampil seorang wanita yang merupakan ibu kepada murid perempuan itu menafikan apa yang ditularkan di laman sosial dan menyatakan semua itu adalah fitnah.

Beliau menjelaskan apa yang ditulis adalah tidak terjadi, gambar anaknya itu hanya memegang beg kertas tertera logo Bonia, tetapi isinya adalah benda lain, bukan beg yang katanya entah diambil dari mana.

Jom kita baca.

Assalamualaikum, Di sini Intan nak buat penjelasan. Ya, dalam gambar ni anak intan yang kembar, Hana. Allah menguji kami sekeluarga dengan fitnah cyber ini.

Pada 20/9/17 jam 9.00 malam intan di kejutkan dengan berita gambar anak Intan dah diviralkan di sana sini. Siap likers yang berpuluh ribu, share berpuluh ribu, jadi hot stories di facebook pages, Instagram dan twitter..

Allahu, dugaan apakah ini.. Fitnah apakah ini.

Orang share gambar itu tanpa selidik dulu kebenarannya. Netizen-netizen komen tanpa tahu mereka telah dibodohkan dengan caption yang tidak benar ( kesian sebab anda di perbodohkan ).

Komen yang mencaci, memaki, menyindir malah menghina kami terima dengan hati yang sangat pedih, sedih dan terluka. Biar Allah sahaja yang selayaknya membalas setiap komen anda. Janji Allah itu pasti. Doa orang teraniaya memang Allah makbulkan. Kebenaran sedikit demi sedikit terbongkar. Banyak facebook pages, Instagram dan Twitter yang telah delete post mereka setelah tahu yang berita itu palsu (terima kasih)..



Tapi terlajak perahu boleh di undur terlajak kata, anda sendiri tahu bagaimana rasanya. Ramai yang memberi komen tanpa diminta, memberi tarbiyah tanpa selidik dulu kebenarannya, mendoakan yang buruk seperti orang tiada agama.

***CERITA SEBENAR***

Gambar itu telah diambil pada hari meraikan hari jadi Afiq. Bukan besday Hana sepert yang korang viralkan. Dalam beg yang hana pegang tu hanya ada roti cheese dan kek batik yang Hana buat sendiri. Barang masak pun ayah Hana yang belikan..

Kami tau mereka nak celebrate besday Afiq, mana pulak datangnya beg Bonia seperti yang di gembar gemburkan (pernah ke korang terpikir.. Senang benar anda di perbodohkan dengan hanya sebaris ayat - caption ). Yang ambil gambar pun ialah Hani, kembar Hana..

Masa ni tengah record video juga (masih ada hingga kini tuntuk di jadikan bahan bukti). Celebration ni ramai-ramai, bukan mereka berdua je. Hana dengan Afiq ni best friend forever. Kawan sekelas dari tingkatan 1 lagi. Berkawan baik sama seperti dengan yang lain-lain. 

Actually, Hana memang ada up post ni di Instagram dia. Tapi Intan tak nmpk apa yang salah.Niat dia untuk beritahu belajar dulu baru fikir nak ada hubungn bagai. Buat ibu ayah bangga dulu dengan kejayaan dalam pelajaran. Salah ke camtu. Alahai, budak nak meningkat dewasa kan.
ff


Korang pun pernah ada perasaan masa sekolah dulukan, then, sama lah macam mereka. Tapi mereka sedar itu semua tak ke mana. Belajar jadi keutamaan. So, apa salahnya di situ. Adoiiiii

Rentetan dari kejadian ini, ramai kawan-kawan Hana dan Afiq telah bertindak untuk membersihkn nama Hana dan Afiq.





Mereka tahu Hana dan Afiq cemana kat sekolah. Mereka juga geram dgn komen-komen tak berasas. Komen yang tanpa usul periksa. Komen yang acah-acah gud gud. Komen yang mengondem. Hati Hana tertekan. Dia takut, risau, serba salah.. Macam-macam dia rasa.

Terima kasih kerana perlakukan emosi anak Intan sebegitu.. Dia tak mampu ke sekolah kerana malu
(sedangkn semua kawan2 dan guru menunggu dia untuk pulihkn kembali semangatnya), tak makan seharian, berkurung dlm bilik.

Owhhh,, dosa apakah yang Hana buat pada kalian hingga korang sanggup mencaci hinanya dan memfitnahnya.

Pernah korang terpikir??? Fitnah lebih teruk dari membunuh. So, tepuk dada tanya selera.Hanya Allah selayaknya membalas.

Di sini Intan nk ambil kesempatan tuk ucapkan jutaan terima kasih pada SEMUA kawan-kawan Hana yang banyak membantu membersihkn nama Hana dan Afiq.

Moga Allah balas jasa kalian dengan seagung rahmat Allah. Moga kalian berjaya dunia dan akhirat. Aaminn ya rabb. Sejuk perut ibu ayah kalian punyai anak yang baik..

Pada guru-guru Hana dan Afiq, terima kasih kerana tidak berhenti support, bagi sokongan moral dan memahami apa yang berlaku. Pada saudara mara dan kawan-kawan Intan yg sentiasa backup, love you all very much.-Penmerahpress


Sumber : Ibu Pelajar & SK

No comments

Powered by Blogger.