Header Ads

“Abang, Allah Sakitnya... Tak Tahan,” Derita Isteri Kemalangan Berakhir..


Kuala Lumpur: “Abang, Allah sakitnya... tak tahan,” itu kata terakhir arwah Adilah Mohd Nasir, 36, kepada suami, Muhamad Yusuf Muhamad Zainalid, 36, ketika berada di dalam ambulans sejurus terbabit kemalangan lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi Selasa lalu, mangsa yang menunggang motosikal ke tempat kerja terlanggar pembahagi jalan di KM1.2, Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) di sini,


Arwah disahkan meninggal dunia kelmarin di PPUM akibat pendarahan berterusan di bahagian hati selain patah tulang rusuk manakala suaminya patah tangan kanan.

Muhammad Yusuf berkata, arwah isterinya sempat menyediakan sarapan di rumah sebelum ke tempat kerja.

“Saya tidak ingat bagaimana kemalangan terjadi berikutan pengsan. Saya sempat lihat kelibat seorang lelaki berbual dengan isteri memintanya tidak memejamkan mata.


“Saya hanya sempat berbual dengannya di dalam ambulans apabila bertanyakan keadaannya,” katanya yang ditemui selepas urusan pengebumian yang diadakan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam di sini, semalam.-Penmerahpress

No comments

Powered by Blogger.