Header Ads

17 Perkara #andaperlutahu DI HARI PELADANG DAN MALAYSIA FOOD FESTIVAL 2017 | 28 Sept – 1 Okt (10pg-10mlm) | MAEPS Serdang



1. Antara festival makanan dan pertanian terbesar di Malaysia - 600 gerai dlm kawasan 80,000 meter persegi #miniMAHA


2. Gerai & food truck di ‘Empayar Makanan’ menyajikan 401 menu makanan dalam 4 kategori - #NostalgicFood, #HipsterFood, #ViraliciousFood dan #foodgasm

3. Hasil petani tempatan kita di 50 gerai menjual buah-buahan, sayuran dan bungaan segar #SokongPetaniKita

4. Pelbagai jenis dan rupa ‘raja buah’ yang dipamer dan dijual semasa KenDurian

5. Makanan laut segar, unik dan terkini spt ikan tuna laut dalam, udang laut, lemang sushi, kuro prawn, churros lekor, satay tuna, ikan bakar garam ‘snow fish’

6. Pemeran karang laut, ikan yu dan penyu, yang memang jarang dapat kita lihat di tempat lain

7. Pameran ternakan dan haiwan hidup spt lembu sado, kambing, bebiri, ayam hiasan dan arnab

8. Daging unta dan kambing segar dari ladang di House of Kambing

9. Demo dan pertandingan memasak oleh chef terkemuka termasuk Chef Zam

10. Makanan untuk kesihatan dan ‘wellness’ seperti madu kelulut, rumpai laut, sarang burung walit, minyak kelapa dara, durian belanda dan ‘fruit powder’ #HealthyLifestyle
11. 30 usahawan asas tani yang menawarkan produk tempatan terbaik secara online dan offline

12. Pengalaman jamuan 4 cara berbeza di ‘Food Feast’ – hidangan ikan sungai termahal, makan ala-kampung, style seafood lambak dan ‘dining’ ala-barat

13. Teknologi dan inovasi di pameran dan demo jentera, peralatan dan mesin untuk tanaman, ternakan, perikanan, pemprosesan dan masakan

14. Selebriti spt Fara Fauzana, Mat Dan, Aiman Tino, Yabang, Elizabeth Tan dan Eka Sharif yang bertemu peminat

15. Tawaran pakej-pakej destinasi agropelancongan untuk peminat ‘adventure’ dan ‘nature’

16. Karnival Kerjaya Agro Job Fair tawarkan 3,000 peluang pekerjaan di 40 syarikat agromakanan

17. Perkhidmatan agensi Kerajaan spt diskaun saman JPJ, cuci barang kemas oleh YAPEIM, saringan kesihatan percuma, periksa gigi percuma dan gunting rambut percuma

Terokai Dunia Makanan: Dari Ladang dan Lautan, ke Meja Hidangan
#HPPNK2017 #MFF2017 #TerimaKasihPeladangPenternakNelayan #OurFoodOurFuture
video



No comments

Powered by Blogger.