Header Ads

Wanita Hebat Yang Berusia 70 Tahun Ini Membuat 300 Hidangan Sehari Secara Sukarelawan Untuk Di Beri Percuma Kepada Orang Yang Memerlukan..


Baru-baru ini, sebuah video telah disebarkan di media sosial mengisahkan seorang wanita yang berhati mulia membantu orang gelandangan di sekitar Motreal, Kanada. Wanita ini menjadi viral disana apabila beliau menolak jemputan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau hanya disebabkan beliau terlalu sibuk dengan aktiviti kesukarelawan membantu menyediakan dan mengagihkan makanan kepada golongan memerlukan antaranya gelandangan dan mangsa penderaan.


Lebih mengejutkan lagi, wanita ini berasal dari Malaysia ! Ya, Malaysia. Sabariah Hussein pernah menetap di Kuala Lumpur sebelum membuat keputusan untuk berhijrah ke Kanada kira-kira 30 tahun yang lalu selepas menamatkan pembelajaran dalam bidang kulinari di Malaysia. Hebat!!!


Sabariah ataupun lebih dikenali sebagai Sabria dalam kalangan penduduk setempat memasak kira-kira 300 hidangan sehari dibantu oleh sukarelawan-sukarelawan tempatan terutama pelajar universiti berdekatan.


Disebabkan amalan mulia beliau tersebut, beliau telah menerima pelbagai anugerah antaranya anugerah Woman Who Inpired 2015 daripada Majlis Wanita Islam Kanada. Kerja-kerja amal beliau ini telah menarik minat PM Kanada untuk bertemu, tetapi tidak menjadi kenyataan. Namun, Sabariah tidak menolak untuk bertemu di lain hari malah berhajat untuk memasak Mee Malaysia kegemarannya untuk dihidangkan kepada PM Kanada tersebut.


Menurut sukarelawan yang terlibat bersama-sama Sabariah semasa bulan Ramadan, mereka memahami alasan yang diberi Sabariah kerana tidak mungkin beliau mampu mencuri masa untuk bertemu dengan pemimpin tersebut. Ini disebabkan jadualnya yang penuh dengan aktiviti memasak dan lawatan yang akan dijalankan bersama dengan gereja tempatan.

Disebabkan kabaikkan yang dibuatnya, beliau digelar Mother Teresa’s Muslim of Montreal dalam kalangan penduduk tempatan.

Dalam sebuah temu bual bersama Monteal Gazette, Sabariah berkata;


“Saya tidak mencari populariti, tetapi saya mahu semua orang tahu bahawa kami orang Islam juga adalah orang yang baik-baik”

Kerja-kerja amal beliau dilakukan secara percuma. Katanya,


“Saya menganggap kerja ini adalah kerja dengan Allah, sebab itu saya tidak dibayar”

Sebagai seorang Muslimah yang taat, beliau berharap melalui kerja-kerja amal ini, imej Islam akan kelihatan baik dalam kalangan masyarakat Kanada. Malahan hasil pendapatan dari jualan nasi yang diletakkan di depan masjid setiap Jumaat disalurkan kepada program-program amal yang dijalankan di melalui rumah tumpangannya Our 2nd Home Shelter sejak tahun 2001 lagi.Selain itu beliau turut berkongsi ilmu masakannya bersama penduduk setempat.


“Kamu boleh merasai bahawa beliau amat mengambil berat mengenai orang lain dan langsung tidak mementingkan diri sendiri”, ujar Steven salah seorang sukarelawan yang membantunya selama dua tahun.


Sabariah yang lahir di Johor namun membesar di Kuala Lumpur turut berkongsi bahawa beliau mendapat inspirasi untuk melakukan kerja amal daripada ibunya yang banyak menyediakan makan kepada ribuan orang yang tidak berkemampuan sepanjang dia membesar. Sabariah bersama 8 lagi ahli sudah biasa berkongsi ruang rumah mereka bersama orang yang memerlukan hingga pernah menginap bersama 18 orang ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat yang lain. Ujarnya,


“ Ia seperti rumah anak-anak yatim apabila suami kepada sepupu saya meninggal, anak-anaknya datang menginap bersama kami. Jadi keluarga kami bertambah menjadi 18 orang”

Kini di Kanada, beliau mewujudkan sendiri rumah tumpangan yang memberi peluang untuk orang yang tidak berkemampuan untuk berteduh.


Aktivitinya terkini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu pelarian Rohingya di Malaysia dengan kerjasama Badan Sukarelawan Muslim Kanada, Human Concern Internasional. Hingga Jun mereka mampu mengumpul sebanyak $78 000 dan memerlukan $70 000 lagi. Dana itu akan digunakan bagi membeli bahan sama ada untuk membina ataupun memperbaiki rumah perlindungan pelarian Rohingya.


Jadi, apa tunggu lagi? Jika seorang mak cik berusia 70 tahun mampu memberi impak melalui sumbangannya di negara orang, kita juga mampu melakukan hal yang sama di sini, d tanah air tercinta bernama Malaysia!

VIDEO:


Sumber : Tahanuni, SK

No comments

Powered by Blogger.