Header Ads

(VIDEO) Lelaki Rusia Ini Menemui Harta Karun Yang Tersembunyi Di Dalam Lombong Terbiar Yang Bernilai RM 74,856,250.00..

Misteri harta karun yang tersembunyi, peneroka Rusia berjaya menemukan wang Rusia bernilai RM 74,856,250.00

Memulakan pencarian harta karun sebenarnya merupakan sesuatu yang sangat menerujakan bagi seseorang. Mana tidaknya pencarian harta karun yang sebelum ini menjadi misteri kini dalam proses untuk dibongkarkan.

Pengalaman ini juga boleh menjadi pengalaman yang menggembirakan, terutamanya bagi mereka yang benar-benar mengharapkan peluang untuk menjadi kaya.


Tetapi bagi kumpulan penjelajah Rusia ini, bagaimanapun, perkara-perkara yang berlaku sepanjang pencarian mereka tidak berjalan seperti yang dirancang.


Sekumpulan peneroka Rusia dari Saint Petersburg telah melakukan sebuah pencarian untuk mengumpulkan wang tunai yang banyak seperti yang mereka dengar melalui khabar angin.

Dikabarkan bahawa sejumlah wang yang banyak tersembunyi di ruang bawah tanah pada sebuah peluru berpandu lama selepas kejatuhan USSR pada tahun 1991.



Akhirnya, selepas beberapa jam mencari, mereka menemui apa yang mereka cari di dalam lombong terbiar kira-kira 161 km dari Moscow, di Vladimir.



“Kami diberitahu bahawa ada ruang bawah tanah pada sebuah peluru berpandu yang ditinggalkan dan boleh jadi ada harta karun yang berbilion-bilion rubel Soviet di situ,” kata Anton Alekseev, salah seorang ahli kumpulan itu, kepada akhbar Rusia, Komsomolskaya Pravda.



Rumor mengisahkan bahawa tapak itu dikaitkan dengan program ballistik Union Soviet dan sinaran radiasi berpunca daripada program ini boleh membawa kepada kematian menyebabkan tiada yang berani mendekati kawasan tersebut.


Mereka mendapati bahawa terdapat sejumlah satu bilion rubel Soviet, yang bersamaan dengan £ 13.5million ($ 17.5million) atau RM 74,856,250.00 pada kadar pertukaran semasa!


Malangnya, wang itu tidak memberi apa-apa nilai kerana ia hanyalah kepingan-kepingan kertas yang tidak boleh digunakan lagi. Ruble Soviet diedarkan untuk digunakan pada tahun 1961 dan dikatakan telah dibuat dengan kadar yang berlebihan pada tahun 1990-an. Tender sah di Rusia hari ini adalah Russian Ruble.


Olga Bogdanova, seorang ahli pasukan menyatakan perasaannya yang bercampur-campur tentang penemuan harta karun tu.

“Ada kegembiraan dan kesedihan. Menyedari bahawa semua ini adalah masa lalu yang tidak akan pernah kembali, dan dengan wang sebanyak ini, ia adalah lebih daripada cukup bagi sesiapa pun,” katanya.


Tonton video di bawah untuk menyaksikan sendiri pengembaraan mereka dalam misi mencari harta karun ini!




Kredit foto: Youtube | IN THE NOW.Era Baru

No comments

Powered by Blogger.