Header Ads

(VIDEO) Lelaki Indonesia Ini Menyamar Jadi Penyokong Bola Malaysia, Dan Ini Perkongsian Pengalaman Yang Menakjubkan Dilaluinya..


Kemenangan Malaysia ke atas Indonesia merupakan detik yang sungguh dramatis, stadium Shah Alam dipenuhi disetiap sudut ruang seolah-olah satu perlawanan akhir, keadaan bertambah manis apabila kemenagan berjaya diraih.

Nampaknya kehangatan bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur semakin hangat selepas pasukan Harimau Malaysia berjaya menempah slot perlawanan akhir selepas mengalahkan musuh tradisi, Indonesia 1-0 hasil jaringan penyerang sensasi negara, N Thanabalan pada minit-minit akhir perlawanan.

Malaysia dijadualkan akan menentang satu lagi musuh tradisi dalam bola sepak negara iaitu Thailand pada Selasa 29 Ogos ini.


Sedikit kebimbangan sebelum ini adalah seperti biasa, risau belakunya perdaduhan jika ada provokasi kerana sentimen yang dimainkan sebelum ini, namun semuanya berjalan lancar dan tiada kes pergaduhan yang dilaporkan.

Apa yang menarik, pada hari perlawanan itu, seorang penyokong Indonesia bernama Andri Suwarno telah memuatnaik beberapa keping gambar di laman Facebooknya di mana dia telah menyamar dan menyusup masuk sebagai penyokong Malaysia.


Pengalamannya sebagai penyokong Malaysia, beliau melihat apa yang dilakukan oleh penyokong Malaysia terutamanya Ultras Malaya, beliau ternyata takjub dengan apa yang dilalui dan menceritakan akhirnya telah menemui jawapan 'rahsia' Malaysia selalu menang dengan Indonesia.

Jom kita baca.

Datang Malaysia nak tahu betulkah terjadi seperti apa yang dimain dan diapi-apikan di media.



Pergi Stadium Shah Alam, tengok bola, menyusup sebagai penyokong Malaysia, segala tanggapannya terhadap Malaysia berubah dan cerita media ternyata bagi beliau adalah menipu semata-mata selepas melalui pengalaman di dalam stadium bersama penyokong Malaysia.


Berikut adalah pengalaman beliau,






Bersama sebagai 'penyokong' Malaysia.


Rahsia Malaysia menang akhirnya 'terbongkar'



Hormat lagu kebangsaan negara lain.




Tiada unsur rasis melainkan semangat patriotik.

VIDEO:


Ternyata posting beliau berkenaan mendapat reaksi yang posotif dari rata-rata rakyat Indonesia, perlu diingat, Malaysia-Indonesia adalah serumpun, air dicincang tidak akan putus. 




Kredit: Siakapkeli

No comments

Powered by Blogger.