Header Ads

(VIDEO) Ibu Kucing Membantu Menyusukan 8 Ekor Anak Landak Yang Kehilangan Ibunya Akibat Kemalangan..


Apabila lapan ekor anak landak kehilangan ibunya yang telah terbunuh dengan kepalanya cedera parah dilanggar sebuah mesin rumput, penjaga di Zoo Sadgorod di Vladivostok, Rusia berasa risau akan masa depan anak-anak landak yang masih kecil ini.


Anak-anak landak ini baru sahaja dilahirkan dan matanya masih tidak dapat melihat dengan jelas. Apabila ibunya telah tiada, mereka enggan meminum susu yang dibekalkan dari botol dan picagari. Jika berterusan dibiarkan kelaparan, dikhuatiri kesemua anak landak ini akan mati.


Penolong Pengarah Zoo Sadgorod, Alyona Asnovina mendapat idea yang agak bijak apabila dia ternampak seekor kucing betina bernama Musya yang berada di halaman zoo tersebut. Alyona dengan segera telah mengambil Musya dan meletakkan ia dengan anak-anak landak tersebut.


Secara kebetulan Musya masih mempunyai susu selepas menjaga dan menyusukan beberapa ekor anak kucing yatim dan masanya agak bertepatan apabila Musya berkemungkinan dapat menyusukan anak-anak landak ini juga.

Tanpa berlengah, dalam beberapa saat anak-anak landak ini menghampiri Musya dan mereka sudah dapat menghidu bau seorang ibu dan tanpa berlengah mahu mendapatkan susu daripada Musya.


Amat mengagumkan, dengan naluri seorang ibu yang sangat kuat, Musya amat memahami dengan segera yang anak-anak landak ini berasa amat lapar dan memerlukan susunya. Maka, Musya telah berbaring dan menyusukan kesemua lapan ekor anak landak itu seperti anaknya sendiri.


Selepas menyusukan anak-anak landak itu, Musya tetap berada bersama mereka dan menjaga kesemua anak-anak landak itu semalaman dengan penuh kasih sayang seorang ibu yang amat memahami.


Amat mengharukan melihat bagaimana seekor ibu kucing boleh memahami dan menjaga dengan baik anak-anak haiwan lain yang berlainan spesis tanpa sebarang syarat dan batasan. Walaupun ia hanya haiwan, rasa belas dan kasih sayang Musya wajar dijadikan tauladan oleh kita semua.


Syukur dengan adanya Musya, anak-anak landak ini mempunyai peluang untuk hidup lebih lama dan membesar dengan baik.


Lihat video Musya menyusukan anak-anak landak comel ini di bawah:




Sumber: Mail Online, Era Baru

No comments

Powered by Blogger.