Header Ads

(Video) Gadis Ini Kongsikan Punca Mulutnya Berbau Busuk Hingga Malu Untuk Bercakap Di Hadapan Orang..


Problem tu kecil pada setengah orang. Yang tak kena pulak akan simply kata weolls tak gosok gigi. Tapi saya sendiri yang hadap ni rasa nak bunuh diri bila orang angkat kaki tengok kita datang. Aduh… it almost ten years sejak saya sedar problem bau mulut ni.

Basic mouth hygiene memang tak miss. Orang dalam handbag bawa lipstic concealer, saya bawak berus gigi mouthwash dental floss. Tinggal tak bawa berus jamban je lagi nak sental tekak. Huhu. But, thank you guys tak ada yg kecam. Semua pakat sharing tips yang uolls tau. Walaupun semuanya saya dah pernah buat, thank you very much.


Saya agak, problem sebenarnya tonsil stone. Sebab kengkadang time berus gigi akan keluar ketulan2 kuning dari tekak. Bau dia hanat sungguh…. But still saya tak tahu macam mana nak cure sebab kalau tengok cermin nampak normal je tekak tu. Tonsil stone yg saya tengok dalam internet macam besar2 sampai bengkak tekak. Saya siap pergi jumpa pakar nak cari punca problem ni. Appointment demi appointment, doktor kata the problem is my tonsil. Tonsil agak besar dan perangkap sisa makanan. This month kena decide nak operate buang tonsil ke tidak. Duh…


Dalam pada tu saya terus usaha. Doa. Research. Godek2 tekak. Saya tak takut pisau operation. Saya cuma bimbang kalau dah operate pun masalah tak selesai, jadi bisu pulak ke apa…kot la pisau doktor tergelincir potong pita suara. Okey, abaikan.

Satu hari naik kat fb saya video tentang Tonsillolith. Tepatnya batu tonsil yang saya hadap ni la. Video tu tunjuk kedudukan sebenar tonsil dalam tekak dan cara buang tonsil stone. Walaupun tak jelas mana tonsil saya (doktor kata besar tapi saya tak nampak apa yang besar pun…) tapi try jugak la godek2 sambil bayangkan kedudukan dalam video tu. That’s it. Keluar pun bendanya. Dan memang lepas tu tak ada lagi rasa busuk dalam tekak yang saya rasa selama ni. Macam simpan tahi dalam tekak, kau…. Patutla saya gosok, floss macam mana pun bau dia tak hilang kalau dah taik dia tak keluar. Blerghhh….


Sepuluh tahun. Sampai saya lupa macam mana rasanya tekak tanpa rasa busuk. Sebelum ni saya heran tengok member yang puasa, bila bangun tidur dia boleh cakap tak ada bau. Saya ni kena tunggu hari cuti baru dapat nak puasa, isolated dalam bilik sorang-sorang sampai waktu buka. Kalau tidak, baunya memang puaka.

Fikir-fikir, ini kuasa doa sebenarnya. Macam mana saya usaha buat research, jumpa doktor berbulan2, sudahnya bila Allah nak settlekan problem tu Dia simply tunjuk kat fb je.

So kalau uolls ada masalah yang sama, cuba cek tonsil kat kiri-kanan tekak tu. Mungkin ada udang sebalik mee… Macam saya ada satu lagi problem kulit kering. Baik kulit badan maupun kulit dalam mulut. Kulit badan kering alhamdulillah la badan tak ada bau. Tapi mulut kering itu yang bahana. Minum air banyak pun asyik pergi toilet, susah nak peluh dan air liur pun sikit. Btw syukur sangat masalahnya dah jumpa punca. Sekurang2nya saya tahu macam mana nak jaga. Tak ada la clueless helpless as before.


Dan uolls yang tak hadap masalah ni, kalau jumpa orang camni mungkin uolls boleh tolong bagitahu dia sambil2 minum petang kat mamak. Mungkin dia pun clueless helpless macam saya tapi terpaksa buat2 tak terasa kan…

VIDEO:


Credit:iiumc.com

1 comment

Anonymous said...

Saya selalu kena tonsil dr kecil sampailah skrg. Dan tanpa cek mana2 google sa sendiri tau punca mulut busuk sbenarnya punca dr tonsil yg banyak nanah keras tu... Macam ketulan biji jambu batu...bila di picit punyalah busuk... Saya kalau masa demam dan tonsil bengkak bernanah akan kumur guna listerin...insyallah kejap jak tonsil tu...sehari dua dah sembuh... Masa rasa busuk mulut tu...try setiap bangun pagi tu sebelum buat apa2 bangun tidur jak try tekan anak tekak boleh tekan tanpa sentuh dan kalau tak teror tekan guna anak tekak boleh tekan dengan jari..... Bila benda putih tu dah keluar. Tiada dah mulut berbau... Masa penat bercakap pun...kalau rasa perit dan busuk try tekan jek anak tekak confirm keluar ketulan nanah busuk tu... Sebenarnya itu bukan sisa makanan tp itu nanah yg berkumpul dlam rongga anak tekak....

Powered by Blogger.