Header Ads

(VIDEO) Comel Dan Lucu, Gelagat Ibu Anjing Memarahi Bapa Anjing Kerana Mengusik Anaknya Yang Sedang Tidur..

Kehadiran anak-anak kecil pastinya akan menceriakan dan membahagiakan ibu bapa. Siapa sahaja yang tidak kasih akan anak-anak kecil? Dengan gelagat dan telatah comel mereka pasti membuatkan sesiapa pun akan jatuh hati akan mereka.


Seperti bapa kepada anjing ini, dia sangat sayang akan anak-anaknya yang masih kecil sehingga dia mahu bermain bersama mereka walaupun mereka sedang tidur.


Oleh kerana ‘gangguan’ tersebut, ibu kepada anak-anak anjing itu mula marah akan anjing jantan yang menggangu anak-anak mereka.


Kerana sayang akan anak-anaknya si bapa memutuskan untuk membangunkan anak-anaknya tetapi dimarahi oleh si ibu.


Ibu anjing mula mengeluarkan suaranya, marah barangkali anak-anaknya dikejutkan daripada lena mereka.

Setiap kali si ayah mahu keluar daripada sangkar mereka, anjing betina itu akan mula mengeluarkan suara dan si bapa cepat-cepat masuk ke dalam sangkar semula.


Nampaknya kehidupan anjing juga ada persamaannya dengan kehidupan manusia.


Mana tidaknya, si ibu dilihat sentiasa melindungi anak-anak mereka, manakala si ayah sentiasa mahu dekat dan bermain dengan anak-anak mereka kerana terlalu sayang akan mereka. Comel dan lucu!


Tonton video di bawah dan aada pasti akan tergelak lucu melihat gelagat dua ekor anjing ini!





Kredit: Era Baru

No comments

Powered by Blogger.