Header Ads

(VIDEO) Bayi Djumpai Tertanam Dalam Lubang Jamban Rumah Kosong Masih Hidup..


INDONESIA- Seorang bayi baru lahir telah ditemui dekat lubang jamban sebuah rumah kosong di Indramayu, Jawa Barat, lapor Solopos.

Image may contain: plant and outdoor

Rakaman tersebut menunjukkan beberapa orang kampung Desa Gantar sedang berusaha menyelamatkan bayi lelaki tersebut dengan mengangkatnya keluar dari lubang yang dipenuhi tanah itu. Lubang pembuangan yang dipenuhi kayu, jaring dan sedikit rumput dikorek-korek supaya jasad bayi tersebut dapat diangkat keluar.


Dalam beberapa ketika, bayi tersebut kemudian diangkat oleh seorang lelaki bersama sehelai kain kotor dan urinya yang sudah membusuk.

Lihat video di bawah:


Bayi itu kemudian menangis dan dibiarkan beberapa minit di atas tanah sebelum anak kecil berkenaan diangkat semula dan dibalut kain batik yang bersih oleh seorang wanita.


Bayi malang itu kemudian dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan lanjut.


Dalam pada itu, pihak polis Indramayu memberitahu bahawa pihak mereka bercadang untuk melakukan ujian DNA terhadap anak kecil berkenaan untuk mencari siapakah gerangan ibu dan bapa kandungnya. 

Image may contain: one or more people, people sleeping and baby

Image may contain: one or more people and people sleeping

No automatic alt text available.

No comments

Powered by Blogger.