Header Ads

Umat Islam Malaysia Sambut Aidiladha 1 September Ini..

Photo: Momoc HDR Photography

KUALA LUMPUR – Sebagaimana dijangkakan pelbagai pihak, umat Islam di Malaysia sah bakal menyambut ketibaan Hari Raya Aidiladha 1438 Hijrah pada 1 September depan.

Pengisytiharan rasmi mengenai perkara tersebut diumumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Tuan Haji Mohd. Aseral Jusman menerusi siaran radio dan televisyen dikeudarakan pada malam ini.


Menurut beliau lagi, ia setelah mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sekali gus tarikh permulaan untuk 1 Zulhijjah ditetapkan bermula pada 23 Ogos.


Ia selaras dengan pengumuman Mahkamah Diraja Arab Saudi pada 21 Ogos lalu yang mengisytiharkan anak bulan Zulhijjah tidak kelihatan semalam sekali gus menyaksikan tarikh wukuf pada 31 Ogos.

No comments

Powered by Blogger.