Header Ads

‘Tiada Niat Jahat’ – Bendera Indonesia Dicetak Terbalik, Ini Respon YB Khairy Jamaluddin..


Malam tadi telah berlangsungnya upacara Perasmian Sukan Sea 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ternyata memang gah dan sangat meriah majlis pembukaan tersebut.


Namun, kesilapan cetakan bendera Indonesia pada buku panduan Sea Games 2017 telah menimbulkan kemarahan penduduk Indonesia. Didapati bendera tersebut telah dicetak terbalik. Ini respon YB Khairy Jamaluddin.

Bendera dicetak terbalik


Di twitter, Imam Nahrawi iaitu Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia telah memuatnaik satu status marah kerana terdapat kesalahan cetakan mengenai bendera negara Indonesia. Bendera tersebut telah dicetak terbalik. Beliau menganggap perkara ini sangat menyakitkan.
Please accept my sincere apologies



Sehubungan dengan itu, Menteri Belia & Sukan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin memohon maaf di atas kesilapan tersebut. Beliau menyatakan tiada sebarang niat jahat dan amat kesal dengan perkara ini.


Antara komen netizen


No comments

Powered by Blogger.