Header Ads

Terkini! Produk Minuman Dan Kordial Ribena Ditarik Balik Buat Sementara Waktu Berkuat Serta Merta..


KUALA LUMPUR: Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn. Bhd. (Suntory) menarik balik semua produk kordial minuman Ribena dalam semua saiz dan perasa buat sementara waktu berkuat kuasa serta-merta pada 12 Ogos 2017.

Berdasarkan satu kenyataan rasmi, Suntory menjelaskan bahawa penarikan semula itu dibuat kerana satu ralat yang dijumpai ketika membuat pemeriksaan rutin di kilang pembuatannya di Shah Alam.


Pihak itu bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci apakah ralat yang dimaksudkan.

Sehubungan itu, pihak Suntory telah memberhentikan penghantaran semua produk kordial Ribena dari kilang tersebut kepada semua rakan dagang mereka di seluruh Malaysia.




Bagaimanapun, hanya kesemua produk yang mempunyai tarikh luput seperti yang disenaraikan akan ditarik semula bagi tujuan keselamatan pembeli.

Berikut merupakan senarai produk yang ditarik balik dari pasaran buat sementara waktu mengikut tarikh luput pada pek:

  • Ribena Kordial Blackcurrant
  • Tarikh Luput : Mei hingga Ogos 2018
  • Ribena Kordial Blackcurrant & Glukosa
  • Tarikh Luput : Mei hingga Ogos 2018
  • Ribena Kordial Blackcurrant & Strawberi
  • Tarikh Luput : Februari hingga Mac 2018
  • Ribena Kordial Blackcurrant & Blurberry 
  • Tarikh Luput : Februari hingga Mac 2018
  • Ribena Kordial Blackcurrant & Epal 
  • Tarikh Luput : April hingga Mei 2018
Dalam pada itu, pihak Suntory juga memberi jaminan bahawa kesemua produk keluaran mereka dengan tarikh luput selain daripada yang disenaraikan adalah selamat dan tidak terbabit dengan penarikan semula.


Pada masa yang sama, Suntory berkata, mereka akan menyelesaikan isu tersebut dengan efektif dan segera serta akan memaklumkan semula kepada pelanggan sebaik sahaja pihak itu menyambung semula proses pengilangan dan penghantaran stok.

Kredit: Mynewshub

No comments

Powered by Blogger.