Header Ads

Selepas Dua Tahun, Jojie Dan Suami Terima Anak Perempuan Di Hari Arafah..


Selepas dua tahun berkahwin, kakak kepada Ella ratu rock Malaysia, Jojie Aminuddin dan suami, Syahrizal Ismail telah mengambil seorang anak angkat perempuan. 

Berita gembira ini telah dimaklumkan sendiri oleh Syahrizal kepada MH Online yang ingin memperkenalkan anak angkat mereka yang diberi nama, Maryam Syahrizal. 

Menurut Syahrizal, Maryam baru sahaja dilahirkan kira-kira 2 minggu lalu dan dia juga turut memohon doa yang baik-baik buat anaknya ini. 

“Saya ingin memperkenalkan anak saya dan Jojie, Alhamdulillah baru 2 minggu dilahirkan. Doa yang terbaik ya,” ujarnya kepada MH Online

“Maryam sampai di rumah kami pada hari Arafah, Khamis malam Jumaat dan hari merdeka serta Hari Raya Haji. Juga kemenangan Malaysia Sukan Sea,” katanya lagi dengan penuh rasa gembira.


Terdahulu, Jojie pernah hamil pada awal tahun lalu namun rezeki tidak berpihak kepadanya apabila kandungannya gugur ketika berusia 3 bulan. 

Semoga dengan kehadiran Maryam dalam hidup Jojie dan suami dapat menambahkan lagi bahagia dalam keluarga mereka. 

Kami juga turut mendoakan agar Maryam dapat membesar dengan sihat dan dapat menjadi anak yang solehah buat ibu dan bapanya.


Kredit: Media Hiburan

No comments

Powered by Blogger.