Header Ads

Sangat Memberi Inspirasi. Wanita Ini Sanggup Menyusukan Bayi Yang Dijumpai Di Tepi Jalan Yang Di Buang Oleh Orang Tidak Bertanggungjawab..

Saat menyentuh hati! Kasih ibu memberikan simpati kepada semua termasuk bayi malang yang dibuang ini

Seorang wanita di China telah digelar ‘ibu paling penyayang’ apabila telah membelai dan menyusukan seorang bayi perempuan yang telah dibuang dan ditinggalkan di tepi jalan di perkampungan Beiwei di Bandar Xianyang, Wilayah Shaanxi.

Bayi perempuan ini telah dijumpai diletakkan di dalam sebuah kotak simpanan dan menangis dengan kuat kerana kelaparan.


Seorang ibu yang sangat baik hati dan tidak dinamakan berumur 27 tahun ini tanpa teragak-agak telah berasa simpati kepada bayi malang ini lalu meletakkan bayi itu dipangkuan dan menyusukannya.

Sumber : CEN

Menurut laporan, seorang wanita bernama Wei yang bekerja dengan syarikat hartanah telah melihat satu kotak simpanan berada di luar pejabatnya.

Pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa yang mana pada fikirannya ia hanyalah sampah dan tidak melihat apa yang berada di dalam kotak itu.

Tidak lama kemudian, Wei mendengar bunyi tangisan bayi dan kali ini menyedari yang ia datang dari kotak simpanan itu.


Tangisan bayi itu telah menarik perhatian ramai pejalan kaki yang melalui jalan itu. Lalu ada di antaranya yang telah membuka kotak simpanan itu dan berasa terkejut melihat ada seorang bayi perempuan yang dibaluti kain selimut tebal dengan bersebelahannya terdapat sebotol susu dan wang 100 yuan (RM64.00).

Bayi itu berada dalam keadaan yang baik. Salah seorang mereka telah mengeluarkan bayi itu dari cahaya matahari dan meletaknya di tempat yang teduh dan mencarikan air untuk bayi ini. Tangisan bayi yang kuat itu menandakan yang bayi ini sedang kelaparan.

Seorang wanita yang baru menjadi ibu telah melalui jalan ini dan melihat bayi ini sedang menangis . Dengan penuh rasa simpati, dia telah mengambil bayi perempuan ini dengan berhati-hati, membawanya ke satu sudut dan meletakkan bayi itu di pangkuannya lalu menyusukannya sehingga bayi itu berasa kenyang dan diam.


Polis Bandar Xianyang telah tiba di tempat kejadian dan melihat bayi perempuan itu telah berada dipangkuan wanita itu dengan senyap dengan ramai orang yang melalui jalan itu telah mendermakan sedikit wang ke dalam selimut bayi itu.

Menurut pekerja sosial di Bandar Xianyang, bayi perempuan ini mengalami kecacatan otot dan beberapa kemungkinan kekurangan upaya yang lain yang memerlukan pemeriksaan lebih lanjut.

Sumber : CEN

Kisah wanita yang menjadi ‘ibu paling penyayang ini telah mendapat perhatian dari masyarakat dan netizen. Ramai yang memuji tindakannya mententeramkan bayi itu dengan rasa simpati dan kasih sayangnya.

Ada pula yang mengkritiknya dengan mengatakan tindakannya itu mengundang bahaya pada diri sendiri kerana dikhuatiri bayi itu mungkin mempunyai penyakit yang akan menjangkiti ibu itu dan anaknya kelak. Tetapi sekurang-kurangnya ibu ini bersimpati dan tidak mementingkan diri seperti pengkritik itu.


Bayi perempuan malang ini telah dibawa ke Pusat Sosial dan Kebajikan Xianyang untuk diperiksa dan ditempatkan dalam penjagaan.

Pihak polis telah menjalankan siasatan bagaimana bayi itu boleh dibuang dan ditinggalkan di jalan tersebut.


Kredit: Erabaru

No comments

Powered by Blogger.