Header Ads

Padah Membiarkan Anak Berusia 6 Tahun Menunggang Motorsikal Di Jalan Raya, Bapa Disaman Dan Lesen Di Batalkan..


Padah biar anak 6 tahun tunggang motosikal

CHONGQING - CHINA. Seorang lelaki di barat daya China disaman kerana membiarkan anaknya berusia enam tahun menunggang sebuah motosikal di jalan raya lapor Sinar Harian.

Lelaki yang dikenali sebagai Li, dilihat membiarkan anaknya menunggang motosikal sementara dia membonceng di belakang di daerah Nanchuan di Chongqing, lapor CCTV.


Rakaman kamera keselamatan menunjukkan kanak-kanak itu menunggang motosikal sepanjang jarak 2 kilometer dengan tangan bapanya itu tidak diletakkan di hendal kenderaan itu.

Polis mengenalpasti identiti lelaki itu dua hari selepas itu dan menahan Li kerana membiarkan seseorang yang tidak mempunyai lesen dan masih kecil menunggang motosikal itu.

Li didenda 2,000 yuan (RM1,285), lesennya dibatalkan, dan dia diperintahkan untuk "mendidik anaknya".


Lelaki itu memberitahu polis, dia dan anaknya dalam perjalanan ke rumah mereka ketika anaknya meminta kebenaran untuk menunggang motosikal itu memandangkan kanak-kanak berusia enam tahun itu sering membawa basikal dan tidak menyedari ia akan menyalahi undang-udang.

Katanya, kakinya sentiasa berada pada brek motosikal itu.

Julai lalu, kanak-kanak berusia enam tahun dilihat memandu kereta sambil duduk di pangkuan ayahnya di bandar selatan Qinzhou mencetuskan siasatan polis.


Hari sebelum kejadian itu, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mencuri bas dan mengambilnya untuk memandu sejauh 10 km di Guangzhou, wilayah Guangdong.

No comments

Powered by Blogger.