Header Ads

Murid Darjah 1 Meninggal Dunia Selepas Dipukul Oleh Murid Darjah 6..


SIBU: Seorang murid lelaki Tahun Satu sekolah berasrama di Bahagian Kapit meninggal dunia di Hospital Sibu pada petang Khamis dipercayai akibat dibelasah seorang murid Tahun Enam sekolah itu Selasa lalu lapor Berita Harian.

Mangsa dikatakan telah ditumbuk di bahagian kepala dan disepak di bahagian badan sambil mulutnya ditutup dengan menggunakan sehelai selimut.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Amer Awal yang dihubungi mengesahkan kejadian.Menurut beliau, mangsa meninggal dunia di Hospital Sibu pada 3.30 petang.


“Mangsa mengalami cedera parah di kepala akibat dipukul dan lebam di badan. Siasatan awal mendapati mangsa telah dibelasah di asramanya pada tengah malam Selasa sebelum dikejarkan ke hospital Kapit,” katanya.

"Seorang murid telah ditahan untuk disiasat namun dibebaskan dengan jaminan polis kerana akan menjalani peperiksaan UPSR pada September,” katanya.

Satu pasukan khas yang diketuai Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian telah ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut. 


"Pemeriksaan awal juga menunjukkan suspek bertindak agresif selepas mangsa dikatakan mengejek nama bapanya.

"Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Bagaimanapun katanya, suspek akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas kenyataannya direkodkan kerana dia masih di bawah umur.


"Kami juga akan memanggil guru besar dan guru sekolah untuk membantu siasatan kes itu.

"Polis juga sudah menubuhkan sebuah pasukan petugas diketuai Ketua Polis Daerah Kapit (Deputi Superintendan Freddy Bian) untuk menyiasat kes ini," katanya.

No comments

Powered by Blogger.