Header Ads

Mencemaskan, Kaki Manusia Yang Dibungkus Plastik Dan Kain Terkeluar Dari Tanah Liang Lahad Ketika Keranda Bapa Diturunkan..


NEW JERSEY- Keluarga dan kenalan yang menghadiri upacara pengebumiannya Cleveland Butler berdepan situasi mencemaskan apabila sebahagian kaki tiba-tiba terkeluar dari tanah dalam liang lahad.

Cleveland Butler's stunned relatives snapped photos of the mystery limb in the beloved grandfather's grave.

Ia berlaku ketika keranda warga emas berusia 85 tahun itu sedang diturunkan ke liang lahad di Taman Peringatan Mount Holiness.


Anak perempuan Butler, Sanda memberitahu New York Daily News: "Ia situasi yang begitu trauma bagi kami yang masih sedih dengan pemergian bapa tersayang.

"Saya langsung tidak tergamak melihat kaki itu ketika ia terkeluar dari tanah, malahan tiada sesiapa yang memberi sebarang reaksi bagi memastikan upacara pengebumian bapa berjalan lancar," katanya.


Seorang lagi anaknya, Alonzo Butler, 53 berkata, semua yang hadir pada upacara itu melihat kaki manusia yang dibungkus plastik dan kain terkeluar ketika keranda bapa diturunkan.

"Ia terkeluar betul-betul di atas keranda bapa," katanya.


Seorang paderi yang juga pengarah krisis Jaringan Tindakan Nasional meminta supaya pihak berkuasa New Jersey menyiasat insiden itu.



No comments

Powered by Blogger.