Header Ads

Lelaki Yang Mempunyai Masalah Mental Ini Sanggup Meredah Rumah Neneknya Yang Terbakar Demi Menyelamatkan Al-Quran Walaupun Separuh Badannya Telah Terbakar..

kebakaran

BAGAN DATUK - Seorang lelaki yang mengalami masalah mental nekad terjun dari rumah selepas separuh badannya melecur dalam kebakaran di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh, awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam tujuh pagi tersebut menyebabkan mangsa, Daud Ibrahim, terpaksa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Selekoh, oleh orang ramai.


Menurut jiran mangsa, Mohd Sharizal Samsudin, 38, ketika kejadian dia sedang bersiap untuk menghantar anak-anak ke sekolah sekitar jam 6.30 pagi.

"Pada mulanya kami mencium bau asap tetapi tidak menyangka apa-apa kerana dia (mangsa) sering membakar bekas kulit telur untuk menghalau nyamuk.

"Namun lama-kelamaan bau asap semakin kuat dan apabila saya menjenguk keluar api sedang marak di bahagian dapur rumah," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian, pagi tadi.


Mohd Shahrizal berkata, dia kemudiannya melihat mangsa meluru berlari keluar rumah, tetapi kemudian berlari masuk semula ke dalam rumah yang sedang terbakar.

"Saya terkejut melihat dia lari masuk semula dan ketika itu api sudah semakin kuat dan sampai bahagian hadapan rumah berkenaan.

"Tidak lama kemudian saya melihat dia terjun dari tingkap atas ke bawah dengan keadaan badannya separuh sudah terbakar dan kemudian terbaring di bawah rumah," katanya.

Dia kemudiannya ingin membantu mangsa namun mangsa bangun sendiri sambil membawa beg yang berisi Al-Quran sempat diselamatkannya sebelum duduk di tepi jalan berhadapan rumah tersebut.


"Melihat badannya yang melecur teruk seorang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Muhammad membawanya ke Klinik Kesihatan Selekoh.

"Dia (mangsa) memang ada masalah kesihatan iaitu gangguan mental dan rumah yang terbakar adalah rumah neneknya yang tidak berpenghuni," katanya.

No comments

Powered by Blogger.