Header Ads

Kejam! Bapa Saudara Rogol Anak Saudara Berusia 10 Tahun Hingga Mengandung..

Gambar sekadar hiasan.
NEW DELHI: Seorang mangsa rogol berusia 10 tahun yang mana rayuannya untuk menggugurkan kandungan ditolak Mahkamah Tinggi India, selamat melahirkan bayi perempuan hari ini lapor Berita Harian.

Kanak-kanak itu yang tidak dinamakan atas sebab perundangan, didakwa dirogol beberapa kali oleh bapa saudaranya yang sudah ditangkap sejak kejadian itu.


Bulan lalu, ibu bapanya memohon mahkamah atasan negara itu supaya membenarkan mangsa menggugurkan kandungan di peringkat akhir kehamilan namun ditolak.

Undang-undang India tidak membenarkan pengguguran selepas kandungan berusia lebih 20 minggu, kecuali ia mengancam nyawa ibu atau anak.

A protest in India against child sex abuse

"Mangsa melahirkan bayinya menerusi pembedahan hari ini. Kedua-duanya dalam keadaan sihat.

"Pembedahan tiada komplikasi. Bayi itu seberat 2.2 kilogram dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), ketika ini," kata Dr Dasari Harish dari bandar utara India di Chandigarh.


Agensi berita Press Trust of India (PTI) berkata, kanak-kanak itu tidak sedar dia melahirkan bayi dan ibu bapanya memutuskan menyerahkan bayi itu sebagai anak angkat.

PTI berkata, ibu bapanya memberitahu mangsa, ada batu dalam perutnya dan perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkannya. - AFP

No comments

Powered by Blogger.