Header Ads

Kanak-Kanak Lelaki Berusia 12 Tahun Berdepan Hukuman Penjara Selepas Mengaku Merogol Adik Perempuannya Berusia 4 Tahun Dengan Upah Gula-Gula Skittles..


LONDON - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang didakwa merogol adik perempuannya berusia 4 tahun sebelum dirasuah dengan sebungkus gula-gula Skittles, mempunyai banyak video lucah di dalam telefon bimbitnya, lapor Daily Mail. 

Kanak-kanak lelaki itu dilaporkan telah merogol adiknya berkali-kali ketika mereka bermain 'hide and seek' di kediaman mereka. Ibu mangsa hanya mengetahui kejadian yang menimpa anak perempuannya itu yang kini berusia 5 tahun selepas diberitahu ketika mangsa sedang mandi. 


Semalam, tertuduh yang kini berusia 13 tahun, mengaku telah merogol dan melakukan serangan seksual terhadap adik perempuannya sendiri. 

Mahkamah mendapati tertuduh bersalah atas kesalahan merogol dalam perbicaraan kali kedua di Mahkamah Brighton Youth. Mahkamah dimaklumkan bahawa tertuduh memiliki telefon bimbit dan selepas diperiksa oleh pegawai penyiasat, sejumlah besar video-video lucah ditemui di dalam telefon bimbit itu. 

Bagaimanapun, mahkamah masih belum menjatuhkan hukuman terhadap remaja terbabit kerana masih menunggu penilaian dari beberapa panel yang pakar dalam menangani jenayah melibatkan belia, sama ada tertuduh berbahaya kepada masyarakat atau tertuduh perlu dipenjara atau sebaliknya.


Dalam perbicaraan awal, ibu mangsa mengesat air matanya apabila menceritakan semula apa yang diberitahu oleh anak perempuannya itu. 

"Dia kata, 'Mama, saya nak beritahu mama sesuatu'. Kebiasaannya dia tidak memulakan percakapan seperti itu. Dia mahu beritahu saya mengenai sesuatu yang mana baginya adalah perkara penting. 

"Dia kata kejadian itu berlaku apabila mereka bermain 'hide and seek'." katanya. 

Jelas wanita itu lagi, mangsa juga menceritakan dengan terperinci mengenai kejadian itu selepas seminggu kemudian dan sekurang-kurangnya dua kali dia dirogol oleh abangnya dan pada waktu lain dia telah diserang secara seksual. 

"Dia kata, abang dia telah menawarkan dia gula-gula agar dapat melakukan perbuatan itu. Dia kata dia tidak suka dengan perbuatan abangnya itu tetapi dia suka gula-gula yang ditawarkan abangnya. 


"Saya beritahu dia tidak salah jika dia menggemari gula-gula tetapi abang dia tidak sepatutnya menawarkan gula-gula untuk melakukan perbuatan terkutuk itu. 

"Dia membalas, 'Abang yang buat saya suka gula-gula'. Lalu saya berkata, "Kenapa adik tak beritahu mama? dan dia balas, 'Abang pesan jangan beritahu sesiapa'," katanya. 

Dalam perbicaraan semalam, Hakim Teresa Szagun memberi amaran kepada tertuduh bahawa dia berkemungkinan menghadapi hukuman berat. 

"Saya yakin dengan apa yang dijelaskan oleh mangsa adalah apa yang terjadi pada dirinya. Cara dia bercakap sangat jelas. 


"Dia juga mampu memberitahu saya tentang pengalaman kejadian dengan baik di mana awak membuatkan dia menanggalkan pakaiannya, memberitahu agar dia tidak menceritakan kejadian itu dan menyimpannya sebagai rahsia dengan menawarkan gula-gula," katanya. 

Mahkamah diberitahu tertuduh telah menjalani ujian penilaian psikologi untuk melihat sama ada dia boleh membezakan apa yang betul dan salah. Tertuduh juga telah mengubah pengakuannya kepada tidak bersalah terhadap dua pertuduhan tersebut.

Kredit: The Reporter

No comments

Powered by Blogger.