Header Ads

Kampung Baru Kemasik, Juara Kampung Tradisonal Anugerah Desa Perdana 2017 Peringkat Kebangsaan. Tahniah!

Baru-baru ini berlangsungnya acara kemuncak Anugerah Desa Perdana 2017 Peringkat Kebangsaan di PWTC.

Kampung Baru Kemasik diumumkan sebagai juara Anugerah Desa Perdana 2017 Peringkat Kebangsaan untuk kategori Kampung Tradisional menewaskan 23 kampung yang lain sekaligus menerima hadiah wang tunai RM100,000 dan projek pembangunan RM600,000.



Menurut Pengerusinya, Abdul Nasie Muhamad, hadiah kemenangan ini akan digunakan untuk kebajikan lebih 2,000 penduduk kampung dan dalam masa yang sama akan menjalankan pelbagai aktiviti secara beterusan untuk membantu penduduk miskin dengan mendahulukan dana JKKK.

"Kami yakin langkah ini sedikit sebanyak dapat membantu jentera kerajaan berfungsi dengan lebih berkesan dan cepat," katanya ketika ditemui pada Perhimpunan JKKK, JKKK Persekutuan (JKKKP) dan JKKK Orang Asli (JKKKOA) serta Anugerah Desa Perdana 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Selain itu, ramai penduduk kampung bergelar usahawan kecil dan menjadi keutamaan JKKK untuk meningkatkan tahap ekonomi mereka.


Anugerah Desa Perdana 2017 Peringkat Kebangsaan.

Anugerah Desa Perdana 2017 Peringkat Kebangsaan di PWTC mengumpulkan 10,000 JKKK/JKKKP/JKKKOA seluruh negara.  

Anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Presiden Gabungan Persatuan Ketua Kampung, Datuk Shahaimi Othman. 



Pemenang Anugerah Desa Perdana Peringkat Kebangsaan 2017.

Kategori Kampung Tradisional
Juara : Kampung Baru Kemasik, Kemaman, Terengganu 

Kategori Kampung Orang Asli 
Juara : Kampung Pengkalan Tereh, Kluang, Johor 

Kategori Rumah Panjang.
Juara : Rumah Benggau, Ng Sut, Kapit, Sarawak.

Bagi pemenang kategori Kampung Orang Asli, Pengerusi JKKKOA Pengkalan Tereh, Ramli Yusof. berkata, hadiah yang diterima iaitu RM50,000 dan RM100,000 dalam bentuk projek akan digunakan untuk mengembangkan pertanian kontan pisang dan serai selain madu kelulut yang aktif dijalankan penduduk setempat.



"Bukan mudah untuk mendapat kerjasama daripada semua penduduk kampung tetapi kami sentiasa berusaha tanpa mengenal erti putus asa untuk membentuk sebuah kampung yang bersatu padu."

"Dan akan memperbanyakkan program gotong-royong untuk mengumpul penduduk bagi menjalinkan hubungan yang lebih mesra dan harmoni."

Tahniah kepada semua pemenang! Bangga admin jadi orang Terengganu. :)

No comments

Powered by Blogger.