Header Ads

Indonesia, Kamu Juga Salah – Netizen Thailand Dakwa Indonesia Juga Salah Cetak Bendera..


Sehari selepas merasmikan Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 pada Sabtu lepas, Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Imam dilaporkan menulis dalam laman Twitternya mengecam tindakan Malaysia kerana membuat kesilapan mencetak paparan bendera Indonesia secara terbalik dalam souvenir buku Sukan Rasmi SEA 2017.


Biarpun Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hadir memohon maaf secara terbuka kepada negara Indonesia termasuk bertemu dengan Imam untuk menyampaikan permohonan maaf secara rasmi, tetapi masih timbul ketidakpuasan hati di kalangan netizen Indonesia.


Rata-rata netizen Indonesia dikatakan bertindak menghina bendera negara kita di media sosial.


Baru sahaja berjumpa @imam_nahrawi untuk memohon maaf secara rasmi kpd rakyat Indonesia atas kesilapan percetakan bendera RI. Tkasih Bpk. pic.twitter.com/YOO8ICRVja



Akan tetapi, baru-baru ini ada seorang netizen dari Thailand memberitahu dalam laman Twitternya bahawa Indonesia juga salah mencetak bendera Thailand menjadi bendera Costa Rica.


Daripada perkongsian gambar di Twitternya, dipercayai buku cederamata itu diterbitkan oleh Indonesia sempena Sukan Laut kali ini, namun terdapat logo Sukan Asia yang akan diadakan di Jakarta, Indonesia pada 2018.


Dibawah logo itu tercetak paparan bendera untuk 11 negara Asia Tenggara, tetapi mendapati bendera Thailand yang jalurnya sepatut bermula dengan warna merah, putih, biru, putih, merah, telah disilap cetak menjadi biru, putih, merah, putih dan biru.
Netizen turut memaklumkan perkara itu kepada Menteri Belia dan Sukan Indonesia dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Twitternya dengan kasyen dalam bahasa Thai yang bermaksud, “Kamu juga bersalah.”


Sumber: Gempak.org

No comments

Powered by Blogger.