Header Ads

Ibu Terkejut Baca Diari Anak Berusia 12 Tahun Yang Menceritakan Telah Dicabul Dan Dirogol Oleh Teman Lelaki Ibu..

Gambar sekadar hiasan.

KAJANG- Diari milik kanak-kanak perempuan membongkar rahsia bahawa dia menjadi mangsa rogol teman lelaki ibunya di rumahnya di Kajang, sejak April lalu lapor Harian Metro.

Rahsia itu terbongkar apabila ibu mangsa, 44, masuk ke bilik anak perempuannya yang berusia 12 tahun kira-kira 1 pagi, 9 Ogos lalu dan terjumpa diari anaknya itu.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, ibu mangsa terkejut apabila membaca curahan isi hati anak bongsunya itu, apabila dia menceritakan bahawa dia dicabul teman lelaki ibunya pada awal April lalu ketika wanita terbabit pergi ke China untuk urusan kerja.

Menurutnya, wanita itu kemudian bertanya kepada anaknya mengenai kejadian sebenar dan mangsa mengaku suspek menceroboh ke dalam biliknya dan merogolnya beberapa kali.


"Remaja perempuan itu mengesahkan kejadian itu berlaku sebanyak empat kali sehingga Julai lalu," katanya dalam kenyataanya di Kajang, semalam.

Dzaffir berkata, susulan daripada laporan polis yang dibuat, suspek berusia 40 tahun yang bertugas sebagai pengurus syarikat swasta ditahan di Jalan Semenyih, kelmarin untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Katanya, Mahkamah Majistret Kajang membenarkan reman terhadap suspek selama enam hari hingga 20 Ogos ini.

No comments

Powered by Blogger.