Header Ads

ALHAMDULILLAH. Lebih Dua Juta Umat Islam Tunaikan Haji Hari Ini Di Makkah..

LEBIH dua juta umat Islam dari seluruh dunia berada di Tanah Suci Makkah bagi memulakan ibadat haji, hari ini. - Foto Reuters

MAKKAH: Lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia berada di Tanah Suci Makkah bagi memulakan ibadat haji, hari ini.

Tahun ini menyaksikan jemaah dari Iran kembali selepas tidak berbuat demikian tahun lalu berikutan perbalahan diplomatik antara republik itu dan Arab Saudi.

Ia juga dilakukan dengan negara Teluk terbabit dalam krisis politik dan Daesh berada dalam tekanan di Iraq dan Syria.


Pihak berkuasa Arab Saudi menggerakkan sumber besar-besaran dengan harapan mengelak daripada berulangnya rempuhan maut 2015 yang menyebabkan hampir 2,300 maut, termasuk 464 jemaah Iran.


Riyadh dan Tehran memutuskan hubungan selama beberapa bulan selepas ulama Syiah dihukum mati di Arab Saudi mencetuskan serangan ke atas misi diplomatik Arab Saudi di Iran.

Ibadat haji tahunan itu juga berjalan di tengah krisis diplomatik antara blok Arab diketuai Arab Saudi dan Qatar, yang dituduh menyokong militan dan terlalu rapat dengan Iran.


Sekatan ke atas Qatar sejak 5 Jun lalu menyaksikan hubungan menerusi udara dan laut ditutup, menghalang ramai rakyat negara itu menunaikan haji walaupun Riyadh mengendurkan hak kemasukan menerusi sempadan darat dengan Qatar, dua minggu sebelum musim haji bermula. - AFP

No comments

Powered by Blogger.