Header Ads

Buang Gambar Tun Mahathir Dalam Buku Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan: KPM Buat Laporan Polis Terhadap 2 Pihak..


Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan telah mengubah sejarah Malaysia apabila gambar Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dimasukkan sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat dalam buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3 lapor mStar Online.

Kementerian itu berkata buku yang tular di media sosial tersebut bukan terbitan kementerian.


"Kementerian Pendidikan ingin menyatakan rasa kesal terhadap tuduhan berkenaan," katanya dalam kenyataan, di sini Khamis.

Susulan itu, katanya KPM telah membuat laporan polis bagi mengambil tindakan terhadap penerbit buku tersebut dan pihak yang telah memulakan penyebaran maklumat palsu berkenaan di media sosial.

KPM turut memohon kepada pengguna media sosial supaya menghentikan penyebaran maklumat palsu tersebut agar ia tidak menjadi polemik yang boleh mengganggu kesejahteraan rakyat Malaysia.

KPM menegaskan setiap penulisan buku teks kementerian adalah berdasarkan dokumen kurikulum dan fakta sebenar yang berlaku pada masa atau tempoh berkenaan.


Dalam pada itu, KPM juga menegaskan kementerian tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bertulis atau lisan kepada sekolah supaya menanggalkan gambar Perdana Menteri Malaysia keempat itu. 


No comments

Powered by Blogger.