Header Ads

Berpantang Maut Sebelum Ajal! Ibu Mengandung Yang Mengalami Masalah Jantung Ini Menjalani 2 Pembedahan Serentak Untuk Menyelamatkan 2 Nyawa..



Setelah 9 bulan 10 hari mengusung kandungan ke sana ke mari, semestinya ia menjadi impian setiap ibu mengandung untuk memangku bayi mereka. Akan tetapi untuk seorang ibu ini, impian itu hampir mustahil menjadi kenyataan apabila urat darah utama yang bersambung dengan jantungnya hampir pecah yang mengakibatkan dia hampir kehilangan nyawa, termasuk nyawa bayinya lapor Daily Mail.

Pada bulan Februari, ketika kandungannya berusia 39 minggu, Danielle Gaither dari Charlotte, North Carolina, tiba-tiba diserang sakit dada yang teramat sangat.


Dia dikejarkan ke hospital dan disahkan mengalami kelaran aorta, suatu keadaan yang mana pembuluh darahnya terkoyak, lalu membantutkan peredaran darah terpenting ke organ.

Apabila peredaran darah dalam badan si ibu tersekat, secara langsung bayi yang sedang dikandung juga tidak akan mendapat bekalan darah dan oksigen yang diperlukan. Nyawa kedua-dua beranak pada saat itu bagaikan telur di hujung tanduk.


Para doktor sedar mereka perlu bertindak segera. Dalam keadaan cemas, mereka memutuskan untuk melakukan dua pembedahan serentak iaitu pembedahan jantung terbuka dan Caesarean.


Dr. Jeko Madjarov merupakan ketua pakar bedah kardiotoraks yang merawat Danielle Gaither. Menurut beliau, peluang untuk Gaither hidup sangat tipis iaitu hanya satu peratus.

“Fungsi badan Danielle hampir terhenti, dan kami tahu kami perlu bekerjasama demi menyelamatkan dua nyawa. Kaedah terbaik dalam rawatan kelaran aorta ialah henti edaran darah, iaitu satu teknik pembedahan yang menghentikan peredaran darah,” Dr. Madjarov memberitahu Daily Mail Online.

Dengan bantuan hampir 20 orang doktor, pembedahan tersebut selesai dalam masa enam jam.


Sejurus selepas pembedahan, Daniel Gaither ditempatkan di unit khas selama 111 hari untuk menjalani proses pemulihan. Selepas 4 bulan menjalani pembedahan besar, akhirnya doktor memberi kebenaran kepada Gaither untuk bertemu dan menimang bayinya.

Gaither telah dikurniakan seorang bayi lelaki comel yang dinamakan KV, nama yang diberikan sempena nama suaminya.


Gaither menangis, mengalirkan air mata kegembiraan dan juga kelegaan yang jelas sukar untuk digambarkan.




“Pembedahan sebegini kebiasaannya dilakukan berasingan, akan tetapi kami kesuntukan masa. Kami juga sebenarnya yakin pembedahan ini akan berjaya. Jadi, empat kumpulan pakar telah bersepakat dan bersatu untuk menyelamatkan dua nyawa,” Dr. Madjarov menambah.


Dr. Joseph T. McGinn yang memantau pembendahan jantung pada hari tersebut pula memberitahu, “Saya berasa amat takjub dengan kerjasama padu yang diberikan oleh setiap kumpulan pakar.”

Sejak dilahirkan, Gaither telah mengidap sindrom Marfan, iaitu sejenis penyakit yang menjejaskan pertumbuhan tisu perantara tubuh. Menurut Gaither dia sedar akan tahap kesihatannya dan juga risiko yang diambil untuk mengandung. Sebelum ini pun dia sudah dikurniakan 4 orang anak.

Danielle's son, named KV (pictured), was born days early, but is now a healthy baby and living at home with family members while his mother continues to regain her strength in the hospital

Menurut Dr. Heather Bane, pakar ginekologi yang merawat Gaither, pesakitnya itu sangat bernasib baik kerana tinggal berdekatan dengan hospital.


“Saya sangat gembira saya masih lagi di sini. Saya bersyukur kepada Tuhan dan sangat berterima kasih kepada Dr. Madjarov dan ahli pasukannya kerana menyelamatkan nyawa saya,” kata Gaither meluahkan rasa bersyukurnya.

VIDEO:


Kredit: Era Baru

No comments

Powered by Blogger.