Header Ads

Bayi Perempuan Ditemui Di Buang Di Celah Semak Kerana Ibu Bapa Mahukan Anak Lelaki..


INDIA- Bayi perempuan ini dibuang di celah semak kerana ibu bapanya tidak mahu anak perempuan dan inginkan anak lelaki.

Nasib baik, bayi yang dibuang di celah semak di Una, India itu berjaya diselamatkan.

Dia hanya mengalami kesan calar di badan. Bayi itu diselamatkan selepas seorang lelaki yang melalui kawasan sekitar mendengar bunyi tangisan.


Lelaki itu kemudiannya menghubungi ambulans dan bayi itu dibawa ke hospital untuk rawatan dan pemeriksaan.

Berikutan itu, polis telah melancarkan gerakan mencari ibu bapa bayi terbabit. Bayi perempuan disifatkan sebagai satu sumpahan dan dianggap membebankan oleh segelintir penduduk di kawasan miskin di India.


Ini kerana apabila besar kelak, ibu bapa terpaksa membayar mas kahwin yang tinggi untuk anak perempuan.

No comments

Powered by Blogger.