Header Ads

Bayi Baru Lahir Dibunuh Dan Dibakar Kemudian Ditanam Di Belakang Rumah. - Ibu Bayi Mengaku Tidak Bersalah..


Ohio (Amerika Syarikat): Seorang remaja mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh bayinya yang turut dibakar sebelum ditanam di belakang rumah.

Brooke Skylar Richardson, 18, ditangkap selepas polis membuat penemuan mengejutkan itu di rumahnya di Carlisle, Ohio, bulan lalu.


Brooke tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika membuat pengakuan di mahkamah Warren County, Ohio, Isnin lalu.

Dia turut menghadapi tuduhan lain termasuk membahayakan kanak-kanak, memusnahkan bukti dan merosakkan mayat.


Pendakwa Warren County, David Fornshell meminta wang jaminan AS$1 juta (RM4.3 juta), tetapi hakim membenarkan Brooke dijamin dengan AS$50,000 (RM220,000).

Hakim turut mengarahkan dia menjalani penahanan di rumah dengan pergerakannya dipantau secara elektronik, sementara menunggu perbicaraannya pada 6 November depan.

Peguam Brooke, Charles M Rittgers menegaskan anak guamnya tidak membunuh bayinya.


“Kami menantikan bukti yang dikatakan pendakwa raya menyokong dakwaan itu,” kata Rittgers, sambil menambah proses itu akan mengambil masa beberapa minggu.

Mayat bayi itu ditemui 14 Julai lalu di Carlisle.

Fornshell mendakwa Brooke melahirkan bayi itu ketika usia kandungannya memasuki 38 hingga 40 minggu dan sengaja menyebabkan kematian mangsa dengan membakar sebelum menguburkannya.


Bagaimanapun, punca kematian tidak dapat dikenal pasti malah mustahil disebabkan keadaan mayat yang reput dan dibakar.

Bayi itu dipercayai dilahirkan antara 6 dan 7 Mei lalu, beberapa hari selepas Brooke menghadiri majlis tari-menari di sekolahnya.

No comments

Powered by Blogger.