Header Ads

Bapa Tiri Cabul Dan Rogol Anak Berusia 9 Tahun, Isteri Nekad 'Viralkan' Suami Di Facebook Agar Dapat Di Kesan Dan Di Tangkap..

Isteri Viralkan Suami Rogol Anaknya Berusia 9 Tahun

MARAN – Seorang isteri telah membuat keputusan untuk menularkan suaminya sendiri kerana didakwa telah mencabul dan merogol anak perempuannya yang masih berusia 9 tahun.

“Tanpa rasa malu, saya mohon sahabat di Facebook tolong viralkan sampai si pelaku atau suami saya ini kena tangkap. Sudah ada dua waran tangkap. Kes pukul dan kes cabul anak perempuan saya bawah umur,” tulis Hanifah Wan di Facebook, jam 11.07 pagi, 22 Ogos lalu.


Wanita yang dikenali di Facebook sebagai Hanifah Wan telah memuat naik gambar kad pengenalan suami durjananya itu dan meminta bantuan orang ramai untuk mengesan suspek. Kejadian itu sudah lama berlaku namun dia baru mengetahuinya selepas dimaklumkan oleh guru besar sekolah anaknya.


“Sebenarnya kes ini sudah lama. Saya dapat tahu pun dah lambat. Anak saya dah tak tahan diugut dengan ayah tiri dan dia mengadu pada guru sekolah yang rapat dengannya.

“Saya dipanggil oleh guru besar dan beliau telah menceritakan satu persatu perbuatan suami yang merogol anak tirinya sejak dari mangsa berusia 9 tahun,”jelasnya.

Pada keesokan hari selepas dia mengetahui tentang kejadian itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Bahagian Pelindung Kanak-Kanak telah membawa mangsa dan dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut. Hasilnya, pihak pakar telah mendapati bahawa terdapat kesan koyak di bahagian kemaluan mangsa.


Tambah Hanifah lagi ketika ditemui oleh pihak media The Reporter, selepas sahaja mendapat tahu bahawa dirinya sedang viral di media sosial, suspek telah melarikan diri ke Melaka.

Menurut Hanifah lagi, kes ini telah berlaku pada tahun lalu dan dia telah membuat laporan polis pada tahun yang sama serta pihak mahkamah juga telah mengeluarkan waran tangkap tetapi suspek masih lagi bebas di luar sana. Sebab itulah dia mengambil keputusan untuk tularkan suaminya itu di laman sosial.


Kerana tidak mahu tunggu lebih lama lagi, Hanifah merancang untuk membawa kes itu ke Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk teruskan operasi memberkas suspek yang dikatakan masih lagi berada di sekitar Melaka.

“Minta tolong jika ada ternampak suspek ini, laporkan pada balai polis berdekatan. Saya akan bagi ganjaran pada sesiapa yang beri maklumat sehingga dia ditangkap polis,” katanya.

Sumber: Mynewshub

No comments

Powered by Blogger.