Header Ads

“Angkara Aplikasi WECHAT 13 Ribu Pelajar Hamil Luar Nikah”..


Berdasarkan rekod oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seramai 13,381 remaja dilaporkan hamil luar nikah pada tahun 2015.

Memetik laporan Harian Metro, Penolong pengarah kanan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan berkata 3,980 daripada mereka belum berkahwin.


Noor Azizan Abd Hadi berkata daripada jumlah itu, 1,100 individu masih bersekolah manakala 2,880 tidak lagi bersekolah. Namun, tidak menyatakan status baki remaja yang hamil.

Beliau berkata Facebook dan WeChat antara medium paling kerap digunakan remaja bawah umur untuk berkomunikasi dengan pasangan masing-masing sebelum terlanjur.


“Pengetahuan dan kesedaran remaja mengenai salah laku seksual pada tahap sederhana sekaligus mendorong dan menjadi punca remaja bawah umur terdedah seks bebas,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.