Header Ads

Akibat Menolak Rawatan Hospital Dan Lebih Mempercayai 'Ilmu Hitam', Penyakit Pada Wajah Kanak-Kanak Ini Semakin Teruk..


Muka kanak-kanak ini mengalami jangkitan yang teruk hanya kerana ibu bapanya menolak rawatan hospital sebaliknya memilih untuk membawa kanak-kanak itu berubat dengan `ilmu hitam’.

Akhirnya selepas rawatan ilmu hitam itu tidak berkesan, barulah keluarga Tania yang menetap di Dantewada, India, membawa anak mereka menemui doktor.


Doktor terpaksa mengambil masa selama dua minggu untuk merawat jangkitan bakteria pada wajah kanak-kanak terbabit.


“Jangkitan itu bermula dengan tompokan kecil namun disebabkan tidak dirawat, kemiskinan dan kecuaian ibu bapa maka keadaan kanak-kanak terbabit semakin teruk dalam masa dua bulan,” kata Dr. Rajesh Dhruv.

Wajah kanak-kanak itu selepas diberikan rawatan antibiotik.

Walaupun dengan sumber yang terhad di hospital namun Dr. Rajesh berjaya merawat kanak-kanak terbabit dan muka kini kembali normal.


“Kemungkinan besar bakteria yang menjangkiti Tania staphylococcus aureaus atau streptococcus pyogenes,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.