Header Ads

2 Orang Kanak-Kanak Kurang Upaya Diikat Pada Pokok Oleh Keluarga Selama 5 Tahun..


KEJAM…dua kanak-kanak lelaki kurang upaya di India telah diselamatkan selepas mereka diikat di pokok selama lima tahun oleh keluarga masing-masing.

Salah seorang kanak-kanak itu, Umesh yang berusia lapan tahun diikat kerana dikatakan ganas manakala seorang lagi, Jiva Ram, 11, diikat dalam keadaan bogel oleh bapanya sebelum dia keluar bekerja.


Lebih menyakitkan hati, keluarga mereka memberitahu ia merupakan satu-satunya cara untuk mengelakkan masalah.

Kedua-duanya merupakan kanak-kanak yang mengalami masalah mental. Menurut nenek Umesh, cucunya itu suka melarikan diri menyebabkan dia terpaksa mengikatnya dengan tali.



“Umesh adalah kanak-kanak normal sehingga dia berusia tiga tahun. Dia mula berkelakuan pelik selepas ibu bapanya meninggal dunia,” kata neneknya.


Manakala Jiva Ram, 11, pula, menderita penyakit polio dan turut mengalami kecacatan mental.




Bapanya mengikatnya sebelum dia ke ladang disebabkan Jiva dikatakan suka mencederakan dirinya.

Kanak-kanak terbabit telah diselamatkan dan dibawa ke rumah perlindungan kanak-kanak. 


Sumber : Mynewshub

No comments

Powered by Blogger.