Header Ads

12 Qari Cilik Teruja Dan Tidak Sabar Baca Al-Quran Di Program World #QuranHour Sempena Hari Kemerdekaan Nanti..


SHAH ALAM: Beberapa qari cilik tidak sabar membacakan ayat al-Quran pada program World #QuranHour bagi menunjukkan rasa syukur kepada Allah yang mengurniakan kemerdekaan buat negara lapon mStar.

Qari paling muda, Abdul Razak Abdul Mubin, 6, berkata, dia gembira dipilih salah seorang daripada 12 qari yang akan membaca al-Quran bersama seluruh rakyat Malaysia pada hari bersejarah itu.


“Seronok dapat baca surah Yasin dengan kawan-kawan lain. Selain itu, saya amat bersyukur kerana dapat tinggal di Malaysia, yang saya anggap seperti negara sendiri,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Fahmi Zulkifly, yang juga peserta program Dai’e musim kali ini berkata, penganjuran #QuranHour ketika sambutan kemerdekaan negara adalah titik permulaan baik bagi mengubah cara negara sambut Hari Kebangsaan.

Menurutnya, aktiviti berbentuk hiburan begitu sinonim dengan sambutan merdeka sebelum ini, tetapi apabila pihak penganjur tampil dengan inisiatif berbeza, ia dilihat satu perubahan positif mendekatkan masyarakat dengan al-Quran.


Dalam perkembangan lain, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff berkata, 21 qari muda itu dipilih daripada pelbagai kaum dan latar belakang bagi memberi peluang kepada semua pihak menyertai program bersejarah itu.

Sementara itu GOMBAK, Malaysia bakal mengetuai kempen World #Quranhour yang akan berlangsung di Universiti Islam Antarabanga (UIA) di sini, bermula Khamis.

Kempen sama akan turut diadakan di 50 negara lain bagi menggalakan amalan membaca al-Quran, memahami dan melaksanakan ajaran dalam kandungan kitab suci itu.

"Peserta di UIA akan mula membaca al-Quran secara secara beramai-ramai untuk sejam bermula jam 11 pagi.


"Selepas itu ia akan diteruskan di Indonesia dan negara-negara lain," kata sekretariat kempen berkenaan, Siti Aisyah Ibrahim.

Negara lain yang turut mengambil bahagian adalah Korea Selatan, Maldives, Australia, India dan Turki.

Penganjuran kali kedua tahun ini dijangka melibatkan 3,000 penyertaan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah.

No comments

Powered by Blogger.