Header Ads

"Ya Allah, Semua 5 Lelaki Ke? Macamana Sarah Jaga?" Wanita Ini Kongsikan Nasihat Dan Semangat Bagi Ibu Bapa Yang Mempunyai Semua Anak Lelaki..

Image may contain: 4 people, people sitting

Story Sharing harini..

Apabila saya kemana, ditanya dengan persoalan, "Ya Allah, semua 5 lelaki ke? Macamana Sarah jaga?"

Saya hanya mampu tersenyum.Sempat saya berseloroh,"Anak pertama kedua ni, memang jadi harimau singa. Tapi masuk no 5, dah jadi Naga berapi uminya. Hahaha"


Org arab kata, Get what I mean?Yes! Bukan semudah yg disangka.

Kalau yg pertama lelaki, adalah bonus bagi saya.Anak kedua lelaki, Allah nak bagi Kawan Untuk abangnya.Anak ketiga juga lelaki, Allah nk bagi Geng Surau ayahnya.Yang keEmpat juga lelaki, itu tanda Allah cukup kan pengusung Jenazah saya.

Dan apabila yg ke5 juga lelaki,Tiada ungkapan yg terbaik melainkan syukur tak terhingga. Bererti Allah izinkan saya merasa menjadi Permaisuri dikalangan mereka.


Seringkali juga saya ditanya, "Tak teringin ke Anak perempuan? "Tipulah kalau tak teringin. Saya juga manusia normal.Tapi itu kuasa Allah swt.Bukan terletak pada kuasa saya.

Allah lebih mengetahui,Kenapa Allah mengurniakan saya semua Anak lelaki.Kerana Allah mahu saya kuat!Ya!. Saya mesti kuat.Untuk mereka. Untuk saya.

Wahai IBU yang punya Anak semua lelaki,Jangan sedih. Jangan merintih.Berbanggalah kerana kita menjadi cinta pertama buat mereka..


Ya Allah,Jaga kan pahlawan muda saya. Moga menjadi pahlawan syurga.amin.

Doakan saya moga kuat menjaga mereka..

Oleh: Puan Siti Maisarah Saifuddin

-Pen Merah Press

No comments

Powered by Blogger.