Header Ads

(VIDEO) Lelaki Putus Kaki Digilis Keretapi Selepas Menyelamatkan Seorang Warga Emas Dan Beliau Dijulang Sebagai Hero..


Seorang lelaki menjadi hero apabila tindakannya menyelamatkan nyawa seorang warga emas. Sebuah video yang tular di media sosial memaparkan lelaki bernama Xu Qinkai telah kehilangan kaki kanannya apabila dia bertindak terjun dari kereta api untuk menyelamatkan seorang warga emas yang berusia 65 tahun. Warga emas itu juga mempunyai masalah pendengaran lapor Astro Awani.



Walaupun dia berjaya menyelamatkan warga emas tersebut dengan menolaknya dari landasan, tetapi lelaki tersebut tidak sempat mengeluarkan kaki kanannya dari landasan lalu dia digilis kereta api. Rata-rata Netizen memuji tindakan berani lelaki tersebut kerana sanggup menggadaikan nyawanya demi keselamatan nyawa orang lain.


@ArifZack: "Inilah yang patut digelar hero sebenar. Masih ada lagi yang terlajak baik macam ini zaman sekarang."

@Madel: "Setiap tempat ada je orang baik dan orang jahat. Ini contoh orang baik yang gigih berusaha menyelamatkan nyawa orang lain walaupun diri sendiri yang akhirnya tercedera."


@HadiRazak: "Semoga tokey keta api tetap memberikan peluang pekerjaan kepada dia walaupun dia sudah mengalami kecacatan."

@HanaMana: "Wujud lagi manusia sebegini. Kesiannya, dah sakit pun sempat lagi dia pastikan makcik itu ok ke tak."

Kejadian itu dilaporkan berlaku di wilayah Sichuan di China. -Pen Merah Press.

VIDEO:



No comments

Powered by Blogger.