Header Ads

“Tahun Ni Adalah Tahun Pertama Aku Beraya As A Divorcee. Tahun Lepas Pulak Tahun Pertama Aku Beraya As A Wife.” Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Hidupnya Untuk Menjadikan Semangat Kepada Orang Lain..


With Brave Wings, She Flies

Assalamualaikum, thanks admin publishkan post ni. nama aku A. 28 years old, janda muda tapi still fabuous haha. Selama ni aku silent reader je kat sini, tapi tetiba rasa nak buat confession jugak. Aku tak mintak simpati, aku cuma nak tiupkan semangat dekat orang lain. Strong women lift each other, kan?

Tahun ni adalah tahun pertama aku beraya as a divorcee. Tahun lepas pulak tahun pertama aku beraya as a wife. So korang paham2 jelah betapa pendeknya taraf aku jadi bini orang. Takde sape yang seronok diceraikan, aku masih ingat saat saat aku gagahkan diri pergi pejabat agama untuk failkan cerai. Hati aku luluh, hidup rasa punah, fikiran kosong, kaki rasa longlai. Tapi aku kuatkan semangat. Masa drive tu aku cuma fikir satu, i have to be my own saviour. I have to resue myself.


Aku agak open bab bab status ni. Kalau orang tanya, aku jawab je aku janda. Haha. Sebab bagi aku, nak sorok pun, lama lama orang tau jugak. Ada jugak yg contact aku share masalah dorang, tanya macam mana proses, mintak pendapat. Maybe sebab dalam banyak2 kawan sebaya, aku sorang je yang dah pegang title janda ni, kira dah boleh jadi pakar cerai dan kaunter pertanyaan sentiasa terbukak. Aku selalu pesan kat kawan kawan, alam perkahwinan ni sebenarnya memang macam melayari bahtera. Marriage is not all smooth sailing,

Suami isteri kena pandai manage conflict. Selagi partner korang bukan kaki segala kaki, cubalah selamatkan rumah tangga korang. Tapi kalau dah ditakdirkan tuhan, hadapi lah dugaan ni dengan senyuman.


Based on observation aku, ramai tak ready consequences bercerai. So aku nak share sikit lah:

1) Relationship kau dgn in law memang akan terjejas. Kalau before ni korang rapat, please bersedia mental yang it is so hard to maintain that relationship. Akan ada masa yang korang akan rasa awkward or rasa serba salah sebab nak jaga hati semua orang bukan senang.

2) hidup jadi janda ni kadang kadang akan buat self esteem korang jadi low. Be prepared. Korang kena faham masih ada orang yg 3rd class mentality duduk kat malaysia ni. Masih ada orang yang taknak kawan dengan korang sebab status janda ni. Akan ada “sorry, i tak sangka u janda. I nak cari partner yang anak dara je.” Hahahaha. Aku gelak je masa kena tu. Dalam hati menyirap jugak, tapi takpe. Rakyat malaysia ada berjuta lagi. So ko move on je lah. Sedih kejap takpe.

3) Semua orang bila jumpa tanya kenapa kau cerai. Selalunya ayat macam “darah muda ni. Tak fikir panjang. Sikit2 gaduh terus nak cerai.” Masa ni kau pekakkan telinga, lebarkan senyuman. InshaAllah kau akan makin kuat. Mula2 memang rasa payah, aku pun kadang2 muka senyum sampai telinga, tapi bila nak tidur, nangis sampai bengkak mata. Takpe, its part of healing process. Its okay to cry.


4) Kau akan rasa sunyi. Ni kau tak boleh lari. Jadi, jadilah seorang yang bijak mengisi waktu. Dekatkan diri dengan tuhan, family, kawan2.

Tapi, bercerai pun ada manisnya juga.

1) Its time for you to focus on yourself. Masa ni la kau fikir balik apa benda goal korang yang sebelum ni tak tercapai. Apa hobi yang korang terpaksa korbankan sebab kawin dulu. Kalau dulu masa kawin, hujung minggu banyak spend masa kat rumah, masak2 layan laki. Sekarang, aku busy hiburkan hati je. Tiap minggu kalau boleh aku nak join hiking trip.

2) You will appreciate your life better. Sebab kau dah belajar dari buat silap, sebab kau dahh berjaya jadi hero. So level self-love kau makin tinggi. Kau akan rasa, no one loves you better than yourself.

3) Decision making cepat je. Sebab tak payah mintak izin laki, tak payah fikir family in law lagi. Kau punya zone makin kecik sekarang. So tak payah fikir perasaan orang banyak sangat.


4) You know what you want/need in your life.
Exactly. Kau akan lebih bijak membuat keputusan. Dengan segala pengalaman yang kau ada, InshaAllah kau akan jadi orang yang lebih teliti. Kau tau apa silap yang kau dah buat, so kau takkan nak ulang lagi silap tu kan?

Banyak lagi benefits dia. Tapi dah panjang sangat pulak karangan aku.
Untuk kawan kawan yang putus cinta tu, jangan bazir masa lama sangat untuk rasa kecewa. Bersyukur lah tuhan tunjukkan awal2 yang jodoh korang sampai situ je. At least takde black& white document kan?

Untuk kawan kawan yang dalam proses bercerai tu, aku doakan korang tabah. You are stronger than you think. Aku kadang2 ada terfikir nak buat support group, tapi entahla tak terbuat pulak. Sebab masa aku mula2 cerai dulu, ada jugak search kat facebook ni tapi tak jumpa. Kalau korang tau, boleh la komen kat post ni. Sebab bagi aku, social support ni sangat bagus. Sebab orang yang bercerai je paham apa yang kami rasa. And kitorng kadang2 malas nak share cerita dengan orang lain sebab korang kan alhamdulillah bahagia dengan pasangan lain2, so self esteem agak low di situ. Segan. Dan tak confident.


Aku doakan raya ni hubungan korang suami isteri makin baik, makin mesra. Doakan aku dapat cari pengganti yang boleh jaga aku, yang boleh ajak aku pergi hiking tiap minggu. Hahahha.- IIUMC.

-Pen Merah Press

1 comment

Unknown said...

Whatapps me on 013-3434361 (shima)

Powered by Blogger.