Header Ads

Petua Melebatkan Rambut Bayi Dengan Menggunakan Bahan-Bahan Semulajadi, Tanpa Bahan Kimia, Pastinya Selamat Untuk Si Kecil. Jom Cuba!..

Bayi berusia 8 bulan ini, Bella Cole, dikurniakan rambut yang cukup lebat, hitam berkilat, dan sihat. Dia sangat comel dan cantik sehingga ramai yang ingat dia anak patung! Jom ikuti kisahnya dan belajar petua melebatkan rambut bayi.

Cemburu pula rasanya apabila melihat rambut si kecil yang galak dan lebat ini, kan? Ia cukup lebat dan berkilat. Jika anda ingin rambut si kecil anda secantik rambut Bella dan ingin tahu petua melebatkan rambut bayi, kami akan kongsikan tip-tipnya di sini.

  • Campur sedikit madu dan sedikit minyak zaitun dan sapukan di kepala bayi setiap hari untuk melebat dan menghitamkan rambut. Biarkan seketika dan basuh hingga bersih.
  • Ambil sedikit minyak kelapa dan perah sedikit jus lemon. Lumur pada kepala bayi di waktu malam. 
  • Bilas di pagi hari.

  • Campur santan kelapa, madu dan buah avakado untuk dilumurkan di kepala bayi. Biarkan beberapa minit dan basuh hingga bersih.

  • Lumatkan beberapa biji pisang dan campurkan dengan sedikit madu dan minyak zaitun. 
  • Jika ada yogurt, tambahkan sekali. Lumur di kepala bayi, biarkan beberapa minit, dan basuh.

  • Kisar daun aloe vera dengan air. Tapis dan basuh kepala bayi dengan jus aloe vera ini.

-Pen Merah Press

No comments

Powered by Blogger.