Header Ads

"Pernah Satu Malam Saya Balik Jam 1 Pagi, Kawasan Rumah Saya Bau Busuk Sangat, Tiba-Tiba Ada Bebola Api Dan Belalang Palesit, Rupanya Bila Saya Rujuk Pada Ustaz, Itu Adalah Sihir Tuju Pada Saya." Pengalaman Wanita Yang Terkena Sihir Kerana Sikap Dengki Manusia Untuk Memusnahkan Perniagaannya..


Kisah benar ini adalah perkongsian daripada Puan Syarifah Furaiha yang telah mengalami pengalaman di santau dan disihir oleh kenalannya sendiri yang mempunyai hasad dengki pada perniagaan beliau. Ikuti kisah beliau..


"Pernah satu malam saya balik dari meeting, jam 1 atau 2 pagi. Waktu di gate rumah, saya bau busuk yang teramat teruk. Saya dah tau bau dia, tiba tiba je saya nampak satu cahaya api naik dari bumbung rumah jiran depan rumah saya.

Image may contain: night, sky, outdoor and nature
Bola api yang naik dari rumah jiran depan.
Bentuk bulat, bebola api. Mula mula dia terbang rendah sampaikan saya nampak dengan jelas api di bola tersebut bergerak, ia terbang makin tinggi dan slowly sampai depan saya.

Sebab lama gila saya sempat tengok bola api ni, saya sempat snap gambar macam yang di bawah. Rupanya inilah sihir tuju tuju yang bila disebut nama seseorang itu, dia akan sampai direct.


Allah. Bila dah terbang makin tinggi akhirnya terus menghilang. Terlalu banyak yang saya alami tak boleh nak diceritakan.

Image may contain: night, sky and outdoor
Bola api yang saya sempat snap lepas balik meeting.
Hati hati bila anda ada nampak bola api macam ni. Biasanya ada kes dia tak bergerak, static sahaja. Kata ustaz kalau bola ni langgar pokok kelapa boleh patah pokok tadi. Kalau terus kepada orang, sihir ni boleh mematikan orang time tu juga.

Allah bagi saya nampak malam tu huhu. Adik saya sering nampak bola api ni malam hari, dalam cermin almari. In real life takde pun, hanya nampak dalam cermin sahaja.

Waktu saya sakit dulu, masa, saya rasakan amat lambat berjalan. Perit, sangat lama masa. Setiap kali terbangun mesti pukul 3 pagi. Bila tidur dan bangun lagi mesti 3 pagi juga. Bila bangun lagi tengok jam tetap pukul 3 pagi, masa seolah tak bergerak.


Esoknya kalau terbangun lagi pun mesti 3 pagi juga dan orang lain semua tidur nyenyak macam orang mati. Kejut pun tak sedar. Dalam rumah tu kita sorang je terjaga 3 pagi.

Dahla macam macam benda ada kat tepi tingkap, kita duk rumah tinggi pun macam mana boleh ada benda tepi tingkap, tinggi kot.

Image may contain: plant and nature
Belalang pelesit digunakan untuk santau.

Biasanya akan ada banyak serangga hijau macam ni, saya dah rasa lain macam bila jumpa benda ni kat area rumah. Rupanya bila dirujuk ustaz, inilah pelesit dalam bentuk serangga yang menjadi spy untuk kerja kerja sihir.

Sekali dah terkena. Kita tak akan balik asal dah. Sekali hijab dah terbuka. Tak ada yang boleh tutup balik dah. Allah nak bagi lagi extra hati hati.

Bila pergi makan kat kedai tetibe nampak asap kabus banyak di atap. Itu bukanlah asap dari dapur tempat masak tapi itulah rupa jin dalam bentuk asap. Asap dia berbeza dari asap memasak. Sama ada kedai disihir atau pelaris.


Syeikh saya pesan, kalau berhadapan dengan orang hasad dengan kita. Baca 3 qul, baca al ikhlas, tiupkan dan berlalu pergi. Tak payah rapat rapatlah dengan orang tak suka dengan kita. Jaga mulut kita, jangan buat orang sakit hati.

Tapi kalau dia dah dengki, buat apa pun tetap dia benci.

Nak ubah hati orang ni payah, doakan je dia. Amalan yang tadi boleh elakkan penyakit ain. Kita kan tau je siapa tak suka kita hihi.Selamat insyaAllah."

-Pen Merah Press.


No comments

Powered by Blogger.