Header Ads

Kepada Mak Mak Yang Jenis Badan Makin Berisi Selepas Beranak, Belum Sempat Nak Kuruskan Badan, Mengandung Lagi, Jom Baca Nasihat Daripada Wanita Ni Untuk Keyakinan Diri Korang Dari Duk Melayan Orang Yang Asyik Bertanya Tu!..

Perkongsian daripada Puan Shazreen Fazlynda : Kepada mak mak yang jenis badan makin berisi selepas beranak, belum sempat nak kuruskan badan, mengandung lagi, jangan hiraukan apa orang keliling bila mereka kata "Hang makin... em gemuk" sebab kalau stress sebab benda remeh macam kurus atau gemuk, yang kena 'penangan' tu anak kita. Kesian anak anak kita yang dalam dan luar perut tu. Kita menjalankan tugas kita melahitkan zuriat dan menambahkan lagi umat Islam di muka bumi ni.


Orang kita ni biasa lah.

Tak kahwin, pi tanya "Bila nak kahwin?"

Tak mengandung pi tanya "Bila nak dapat anak?"

Dah dapat anak, tak mengandung lagi pi tanya "Bila nak pasang yang kedua."

Bila dah beranak anak pertama, mengandung anak kedua pulak, pi tegoq "awat hang makin gemok? Tak macam sebelum beranak dulu"

Image may contain: 2 people, people smiling

Allah, mmg tak pernah akan stop sebab orang kita teramat peramah sampai semua benda dalam kain nak ambik tahu.

Gemok pun gemok lah. Paling penting kita tak sellfish dengan seksa diri diet lah, makan detox, exercise hardcore.


"I don't care aku mengandung, or breastfeed anak, aku nak usaha workout, diet Atkins bagi kurus" - You are one big FAT SELLFISH MOTHER.

Macam badan hakak, kena exercise betul-betul yang jenis hardcore dalam sejam dua sehari. Masa mengandung bahaya woi exercise mcm tu. Workout takat jogging jogging lepas tu selfie "done workout" takkan berhasil.

Nak kurang makan, nak seksa anak dalam perut tu ke? Pernah control calories, exercise betul betul, hidung berdarah 3kali. Serious amat merbahayakan kandungan ya.

Last sekali hakak kata "biaqlah orang nak kata. Jaga anak bagi sihat. Kalau aku susah, anak aku sakit, anak aku dalam kandungan ni pun sakit, yang berkata tu tolong tak?"


Confirm depa kata "laaa dah tau mengandung awat pi diet. Awat buat lagu tu. Apa punya jenis mak hang ni"

Point tu dituding kat kita balik.

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

So ladies, ladies, ladies.... yang sama nasib macam saya yang 'makan control tapi badan tetap naik'....

Kita still boleh usaha jaga makan, makan makanan sihat dan kita still boleh buat light exercise. Yang penting SIHAT.

Bukan kurus keding mcm ikan bilis, tapi sakit.


Ok kalau dah memang kering mcm ikan bilis tu baguih la, kami tak kata kat yang sedia sedia kuruih. Tapi mesti ada yang tegur "makan lebih sikit. Keding sangat mcm kurang nutrisi" kan? Betoi dak? Panas kan?ahahahah. So status ni khas utk wanita berisi macam hakak ni, yang berusaha paksa diri nak kuruih keding mcm ikan bilis. Sebab kita PAKSA DIRI, tak berbaloi kalau end up sakit. Segak la kuruih dah, tapi sakit punca hang sendiri 'seksa diri' buat apa?

-Pen Merah Press

No comments

Powered by Blogger.