Header Ads

Isteri Terkejut Ketika Masuk Ke Bilik Tidur Apabila Melihat Mulut Suaminya Ditutup Dengan Pita Pelekat. Alasannya Sangat Mengharukan..



Antara perkara yang amat penting dalam sesebuah hubungan suami isteri adalah penerimaan pasangan terhadap kekurangan masing-masing dan juga bertolak ansur dengan kekurangan diri pasangan berkenaan demi mengukuhkan lagi hubungan yang telah terbina itu.

Satu perkongsian yang amat menyentuh hati netizen telah dikongsikan oleh seorang anak kepada pasangan yang mencetuskan perbualan hangat netizen di media sosial selepas kisah mereka telah dimuat naik ke laman sosial Facebook.


“Bapa saya mempunyai perkerjaan yang berat dan perlu berkerja keras demi keluarga. Disebabkan terlalu penat, dia akan mudah tidur dengan serta merta. Satu perkara yang amat pasti adalah dengkurannya sewaktu dia tidur sangat kuat.”

“Ibu saya seorang yang jenis mudah terjaga dari tidurnya, selalunya ibu tidak mahu tidur bersama bapa saya di dalam satu bilik kerana diganggu dengkuran bapa. Jadi, bapa saya biasannya akan mengalah dan akan selalu tidur di ruang tamu rumah kami.”


“Hari ini, sewaktu ibu memasuki ke bilik tidurnya, dia sungguh terkejut apabila melihat bapa kesayangan saya itu menutup mulutnya dengan pita pelekat. Dia berbuat demikian adalah kerana ingin tidur bersama ibu saya agar tidak berdengkur dan menganggu ibu yang jenis mudah terjaga dari tidur.”

“Apa yang saya lihat sangat menyentuh hati, hanya kerana menghormati ibu, bapa sanggup berbuat demikian. Ibu kemudiannya membuang pita pelekat berkenaan dari mulut bapa saya.”

“Inilah yang dinamakan cinta yang sejati.”


Perkongsian ini telah menarik perhatian ramai netizen dan rata-rata daripada mereka berkongsi di laman sosial mereka serta turut berpendapat tindakan lelaki itu amat menyentuh perasaan ramai sehingga sanggup menutup mulutnya semata-mata bertolak ansur demi hubungan mereka.


Kredit: Sehinggit

No comments

Powered by Blogger.