Header Ads

Warga Emas Yang Berusia 90 Tahun Kesunyiaan, Hantar Surat Pada Jiran Dan Isi Surat Berkenaan Amat Menyentuh Perasaan


Seorang warga emas berusia 90 tahun hidup dalam keadaan sunyi dan ketakutan apabila salah seorang anaknya meninggal dunia akibat kanser, manakala anak-anaknya yang lain tinggal berjauhan.


Disebabkan rasa sunyi itu, Wanda telah menulis sepucuk surat kepada jirannya. Surat tersebut yang dijumpai Marleen, amat menyentuh perasaan, dan rakan Marleen berkongsi surat tersebut di laman Facebooknya.

Isi surat berkenaan berbunyi:

"Sudikah awak menjadi kawan saya? Saya berumur 90 tahun - tinggal seorang diri. Semua kawan saya sudah meninggal dunia. Saya kesyunyian dan ketakutan. Tolonglah, saya mengharapkan seseorang..."


Marleen bersama rakannya terus ke rumah jirannya itu dan ternyata warga emas tersebut amat gembira dan teruja dengan kehadiran mereka.



Kredit: Era FM

No comments

Powered by Blogger.